Assalamualaikum, cakap pasal tido lewat, siapa pernah tido lewat? Huh soalan apa ni? Opkoss la sume pernah kan? Hrmm xdela semua tapi 'mostly'...
Talking about tido lewat ni, sebenarnya nak berkongsi my experience about my previous effects of tido lewat ni....huh sungguh rasa menyesal yang amat! >< #MohonJanganDitiruAksiAksiIniKeranaIaDilakukanOlehYangProfessionalSahaja #PoyossSungguh
Effect nombor satu : Kita akan jadi lemah dan tak bermaya.
Effect nombor 2 : Terlepas sahur.
Owh ini yang paling sedih laa. Pengalamanku, owh sungguh sadis :'( *boleh sediakan tisu sekarang~ Kadang2 saya spent masa malam-malam sampai pukul...hrmm paling lewat pukul 2.30 pagi laa. Pastu bila adik dorm kejut sahur, tak bangun. Bila tak bangun tak sahur. Bila tak sahur kurang la keberkatannya. >< Huaaa. Kadang-kadang bila dah tak bangun sahur tu, Subuh mulalah terlajak <--- This is the most saddest part :'((( Kadang-kadang sebab tak sahur jugak la mood haritu boleh berubah. Itu yang tak best tu. *Kepada sesiapa yang pernah kena marah dengan saya time Ramadhan ni, saya menyusun sepuluh jari tangan dan kaki memohon maaf yee :D. Jadi kepada semua, kalau nak sahur, rancanglah aktiviti seharian anda sebaiknya dan tidolah awal :)
Effect nombor 3 : 'Sembah Meja'.
Aik? Haha tido dalam kelas sebenarnyaa. Kan selalu kalau orang tido dalm kelas, kepala letak atas meja dan tangan dilunjurkan. Tak ke sembah meja namanya tu? Haha khurafat khurafat XD Realitinya memang betul, kalau kita selalu tido lewat, badan kita esok harinya takkan berfungsi dengan sepenuh optimum, sebab apa? Sebab badan kita tak dapat tido yang cukup. Badan kita kena dapat tido yang cukup iaitu at least 8 jam. "Haha lapan? aku duk asrama laaa XD" Kalau macam tu, jangan la dilewatkan lagi tido tu. Kalau boleh lepas pukul 11.30 tu terus tido! *Note for myself too! >_<
Cuba kita fikir, kalau asyik tido dalam kelas jee, bila lagi kita nak fokus? Macam mana kita nak dapat berkat macam tu? Tido memang seronok tapi ingat! "Neraka dikelilingi dengan syahwat dan keseronokan manakala syurga dikelilingi dengan kesusahan dan kepayahan" Sentap mak nak! Struggling untuk fokus kan susah kan? Ingatlah, susah sekarang, bahagia kemudian nanti InsyaAllah. Lawan nafsu tido tu! Lagi-lagi bulan ramadhan ni, setan dah takdak dah. Dah takde sape yang nak goda dah. Jadi, jomlaa ramai ramai kita benefitkan kesempatan yang ada ni.
Effect nombor 4 : Banyak kerja TERpostponed.
Bertangguh, huh memang dah jadi habit manusia zaman ini. "Takpolah nanti jelah aku buat, banyak masa lagi ni, bukannya hantar esok pun," Ni antara dialog dialog yang kelishe orang yang suka bertangguh cakap. Memanglaa tak hantar esok kan, tapi apa salahnya kalau kita siapkan sekarang?
Cuba fikir, perbezaan orang yang suka bertangguh dengan orang yang tak suka bertangguh. Orang suka bertangguh ni memang pada awalnya dia senang, tapi tengoklaa masa akhir-akhir nanti barulah nak terkejar buat itu, research ini. Bak kata orang, buat kerja 'last minute'. Tak ke susah kalau macam tu? Hidup resah jee. Dahla buat kerja last minute, dan kebiasaannya kerja last minute ni ialah kerja yang kita buat ala kadar je, asalkan kerja tu siap okay la. Betul tak?
Beza ngan orang yang tak suka bertangguh ni. Memang pada awalnya dia akan rasa susah sebab kena research itu, kabut ini. Tapi percayalah, orang yang susah awal awal ni, dia lah yang akan senang gila bapak last last nanti. Orang lain duk rushing buat kerja last minute, dia dah boleh goyang kaki, siap boleh letak kaki atas meja lagi. Haa nampak? Kan best jadi golongan yang tak suka bertangguh ni :D
Apa sebab bertangguh ni? Tido lewatlaa. Bila kita tido lewat, kita akan ngantuk. Bila kita ngantuk, kita akan tido overtime. Bila dah TERovertime, kita miss benda benda yang kita patut segerakan dulu. Hrmm saya pernah alami sebelum ni, memang tak best! >< Sepatutnya kita buat benda ni masa ni, tapi sebab tertido, benda tu dipostpone ke masa lain. Kan menyusahkan namanya tu.
Effect nombor 5 : We will not be ourself on that day.
Shahmie pernah cakap masa perjumpaan prs, "Kalau korang subuh lambat, korang takkan jadi diri korang masa haritu," Mula mula saya paham kearah lain, tapi bila dideepkan lagi, saya paham maksud dia. Memang betul! Memang masa tu tak rasa cam diri sendiri la, contohnya akan cepat berubah mood, kurang ceria, kurang self-confidence dan banyak lagi. Kalau nak tau lagi, cubalah :D Haha jangan jangan! Jangan pernah pernah cecoba. So, tidolah awal untuk hidup sebagai diri sendiri :D
So, sebagai konklusinya, tido lewat memang banyak keburukannya. Memang kadang-kadang alasan tido lewat ialah untuk buat homework, tapi kalau kita rancang betul betul jadual seharian kita InsyaAllah masa buat homework tu takkan drag smpai lewat malam. Yang paling menyadiskan ialah tido lewat malam sebab main game, tengok movie, sembang sembang. Huh benda sia-sia. Dahlah tak bermanfaat pastu menyusahkan diri sendiri pulak tu.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:"Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya."Oleh itu teman-teman, janganlah kita susahkan diri kita dengan tido lewat lagi lagi buat benda yang sia-sia tu. Tidolah awal supaya kita boleh qiam :D ataupun bangun awal dan hidup dengan bersemangat dan ceria :DDD. Bagi siapa siapa yang tak biasa tido awal tu, jinak-jinakkan lah diri anda untuk tido awal. Kalau sesiapa yang suka tido kol 2, trylah tido kol 1. Siapa yang suka tido kol 1, trylah tido kol 12 pulak dan seterusnya. Berubah slow slow, Allah suka perubahan yang sikit tapi istiqamah daripada perubahan yang drastik tapi tak istiqamah.
Semoga dengan tido awal kita boleh hidup sebagai orang yang mantop dan boleh mencapai misi hidup tersendiri. Jangan biasakan tido lewat sebab ia boleh memudaratkan diri sendiri nanti.
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan ..." (Surah Al-Baqarah 195)Okay sampai di sini sahaja saya berceloteh. Ambillah pengajaran. Janganlah anda jadi mangsa 'tido lewat' ni sebab buruk padahnya. Biarlah saya seorang sahaja yang kena. Selamat berpuasa dan Assalamualaikum ^^




