Tuesday, 10 June 2014

Al-Quran Tautan Hati

Kalaulah kita ditanya soalan apa apa oleh sesiapa sekalipun, tak kiralah cikgu ke, membe ke acik DM ke, Pak Cik Muthu jual tempe ke ataupun sesiapa saja yang ada kat sekeliling, kita boleh jawab tak? Hrmm mungkinlaa boleh kan. Peratus untuk jawab tu mungkin 50/50 atau 60/40 ataupun 70/30.

Kenapa kita boleh jawab eh? Mungkin sebab perkara yang ditanya tu benda yang pernah kita dengar kot, sebab tulaa kita boleh jawab. 

Tapikan kalaulah Malaikat Munkar Nakir tanya kita soalan soalan dorang yang ... huh tuu, agak agak kita boleh jawab tak? Dah lah depa dah bagi soalan bocoq. Huh, speechless kan? ;)

So, demi menjawab soalan soalan MAUT tuu, apa preparation kita? Kita ni dah get ready ke? Yang pasti preparation kali ni bukan macam persiapan kita yang kita duk guna untuk UPSR, PMR mahupun SPM eh. INI LAIN OKAY!!! 

Persiapan yang ingin nak diceghitokan kali ni ialah AL-QURAN. Haha sebenarnya kali ni saya nak share satu cerita sebenarnya ^_^. Yang atas ni muqaddimah jee. Hahaha. So, harap-harap cerita ni dapatlah memberi ibrah dan input input yang THORbaekk kepada semua yang membacanya eh, hehe InsyaAllah.



Cerita ni kawan saya storytelling balik. Dia sekolah kat Imtiaz School of Excellence, Terengganu. *Rare kan? Insan yang nak diceritakan ni, beliau ialah lepasan SPM. Resultnya? Tungguuuu *LOL, cam Melodi plakk..

Dia ni sebenarnya seorang muslimah. Nama dipanggil Kak Ira. Duk kat kelas hujung. Kelas yang ketiga katanyaa. Ranking dia turun naik. Maknanya result dia kurang baguslaa.

Tapi, walaupun macam tu, dia ada satu amalan yang jarang dia tinggal. Amalan ni dia duk asyik buat jah. Memang feveretlah bagi dia. Amalan yang jarang jarang sekali untuk kita, termasuk saya buat. Ha, cuba teka apa dia? Namanya QIAMULLAIL~

Diceritakan dia ni suka sangat qiamullail. Jaranglah dia tinggal. Walaupun esok sekolah, tapi dia tetap qiamullail gak. And to be surprised, dia amik tahun SPM waktu tuu. *Takdoklah surprised manaa -,- . Walau lagi 8 bulan nak SPM tapi dia tetap jugak qiamullail. Dia istiqamah je qiamullail sampailah Trial Exam dia.

Berkat rezeki Allah, amalan yang selalu dia tak tinggal tu membuahkan hasil. Memang berbuah sungguh lah. Result dia makin lama, makin improve, macam pokok dughian yang duk improve makin lama makin besaq. Nyam nyam! And for her trial exam's result, cer tekaa, she managed to get 9A 1B 1C. Yang C tuu kimia. Hamek kaw!

Walaupun macam tuu, dia tetap bersyukur dan still istiqamah qiamullail walaupun sedikit bersedih akan result dia. Dia cekalkan hati dan tibalah hari yang dinantii ---> SPM :O


Bulan Mac menjelma dan itulah masanya untuk dia amik hasil sebenar atas apa yang dia dah tuai selama ni. Man jadda wajada. Man zara'a hasoda. Man tempe tak masuk dalam senarai maaf -.- Berkat kecekalan, kegigihan dan kesabaran, Alhamdulillah dia berjaya dapat 8A+ 3A. Subhanallah! Gempak kan? ^_^ . Tapi dia ada lagi satu rahsia tersendiri sebenarnyaaa.... *Jeng Jeng Jeng!


To be surprised, actually dia ni upsss beliau ni sebenarnya seorang Hafizah. Bukan nama dia Hafizah, tapi dia ada title 'Hafizah'. 


"Hafizah tu apaa?"

Hafizah tu title untuk seorang muslimah yang dah Alhamdulillah hafal satu Al-Quran. Itulah sebenarnya antara rahsia rahsia beliau sampai beliau berjaya mendapat apa yang beliau nak selama ni. Subhanallah :)


Subhanallah! Al Quran jadi tautan hati... Kita?

Tengok ? Al-Quran jugak yang jadi tautan hati beliau sampai beliau berjaya. Kita? #Huh #Sentap #Abess #Ni . Nak tau satu benda lagi tak? Haha actually yang cerita kat saya pasal cerita ni pun seorang yang menautkan Al-Quran di hatinya *Huh skema giloss ayat. Haha dia Alhamdulillah dua juzuk lagi nak habiskan and to be surprised, she's just Form 3 okayy! ^_^. Subhanallah! Sejuk perut mak dia mengandung... :) Semoga dia boleh habiskan dan bergelar Hafizah nanti. InsyaAllah. *Nama storyteller ni dirahsiakan atas sebab-sebab yang tertentu. Kesulitan Amatlah Dikesali*

Huh, sekarang ni dah dua orang penghafal Al-Quran dah saya kongsikan. Huhu bilalah saya nak bergelar hafiz pulak? :( Nak jadi cam dorang jugak :3 Takpe takpe InsyaAllah suatu hari nanti :) Haha yang lain? Mehlah kita sama-sama jadi hafiz/hafizah jommm!!! >_<. Banyak manfaatnya! Salah satunya ialah macam apa yang saya sebut kat muqaddimah tadilaa. InsyaAllah bila kita dah tautkan Al-Quran dalam hati kita, kita takkan ada apa-apa masalah untuk jawab soalan-soalan daripada Malaikat Munkar dan Nakir nanti. Malu tau dapat soalan bocor tapi takleh nak jawab. Bukan SPOT! SOALAN BOCOR!!!


Nak hafal Al-Quran memang susah, tapi pelan pelan kita hafal. Janganlah terburu-buru kay. Allah tak suka benda yang besar tapi tak istiqamah, tapi Allah suka sangat benda yang kecik ceciput macam Plankton tu tapi istiqamah! :D Kalau kita tanya dua orang hafizah ni, mana ada dorang hafal sekaligus. Dorang pun susah jugak masa mula-mula hafal, tapi bila dah lama-lama dan dah biasa, Alhamdulillah jadi senang. So, apa lagi alasan yang kita nak bagi?






Jadi, saya harapkan agar kita sama sama dapat lepas daripada soalan soalan tu nanti. Bak kata kakak saya, "Nanti bang bukan lidah kita yang jawab, tapi amalan kita..." Amalan apa? Amalan menghafal Al-Quran ni laa. InsyaAllah ia boleh tolong kita nanti dan sekaligus menjadi syafaat kat akhirat nanti. InsyaAllah :) Dan jangan lupa jugak untuk berQIAMULLAIL! InsyaAllah dengan berqiamullail kita boleh berjaya! *Usaha kenalah ada jugak! 

Okay, rasa sampai sini je kot, perbanyakkanlah amalan dan tautkanlah hati kita dengan Al-Quran yang mempunyai seribu satu, upsss bukan seribu satu dah tapi INFINITI hikmah yang kita tak pernah sangka-sangka. Sekian, dan Assalamualaikum ^_^


Hensyemmnyaa 'Hafiz' nii !!! >_<

Sunday, 8 June 2014

Air Sejuk

Ya Allah, panasnyaa hari ni :(  Hrmm bila kita panas selalunya kita nak apa? Opkoss la air sejuk kan? 
Kenapa? 
Kenapa tak minum air panas jee, kan lagi berkhasiat daripada air sejuk.





Haha, inilah yang saya nak ketengahkan sikit kali ni berdasarkan statement tadi. Sekarang ni kebanyakan orang suka cakap yang minum air sejuk tak banyak kebaikannya kalau nak dibandingkan dengan air suam. Salah tu! Sebenarnyaa air sejuk pun baaanyaaaak kebaikannya yang tersendiri. *Eleh, cakap air sejuk banyak keburukan pun, last-last minum jugak -_- #typicalpeople


So, ini yang saya terbaca kat mukabuku dan saya rasa benda ni agak menarik untuk dikongsi...bacalah yaa :D


--->>>


"Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW MELARANG kita mengambil makanan dalam keadaan yang PANAS. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais



“ZAT di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan.

UDARA PANAS lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih AGRESIF dan CEPAT MEMBIAK. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

AIR SEJUK yang hening dapat menolong pesakit IMSOMNIA yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak MENGUNYAH AIS akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak MAKAN AIS-KRIM secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan BATUK dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat MENGEMBALIKAN MEMORI atau SIFAT PELUPA yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. 

Membiasakan diri MENGUNYAH AIS akan meningkatkan KECERDASAN FIKIRAN dan KEPANTASAN PERGERAKAN. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlet sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan BAHAN PERENCAT kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah TERAPI yang amat popular sebagai PENGUAT TULANG yang telah PATAH dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. MANDI air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah MAKRUH mengambil air sembahyang (WUDHU') pada SUHU yang TINGGI atau yang telah terkena PANAS CAHAYA MATAHARI yang pastinya akan mengGANGGU sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat DITAKUTI oleh pesakit yang mengalami gangguan JIN atau dikuasai oleh UNSUR-UNSUR SPIRITUAL yang jahat. Air sejuk mempunyai NADA BUNYI dalam TEKANAN RENDAH yang amat lembut lagi mengharmonikan.

AIR KELAPA MUDA bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan MENEUTRALKAN kesan KERACUNAN dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu KESALAHAN memulakan amalan pemakanan di waktu PAGI dengan unsur-unsur yang PANAS. Minumlah seteguk air SEJUK di awal PAGI kerana ia akan menguatkan perut.

*Siapa cakap minum ais melemahkan tenaga batin? "

*****

So, amacam? Seronok? InsyaAllah seronok dan bermanfaat. So, lepas ni bolehlah minum air sejuk jee kan? Haha takdelah sampai macamtuu. Boleh tu memang laa boleh tapi berpada-padalah jugak ya. Gunakanlah segala ilmu di atas ni untuk KESIHATAN dan bukan KEPENTINGAN! Jadi, selamat menjaga kesihatan dengan air sejuk! Ingat! Mencegah tu lebih baik daripada mengubati. Jaga kesihatan dan Assalamualaikum ^_^ . 


*Sebagai penutup tengoklaa video ni eh XD ----->






Sakit Belakang


Assalamualaikum semua :D Selamat pagi haha. Pagi harini disirami dengan salakan anjing-anjing *Bertasbih agaknya :) Biarlah mereka bertasbih, kita dah bertasbih?

Alhamdulillah done breakfast berjemaah dengan family, makan Nasi Kerabu. Haha actually saya tak biasa sangat makan Nasi Kerabu ni :/ Ntahlaa dia ia macam awkward, upsss. Nabi tak bagi kita komen pasal makanan. #AmbilNotaDiSitu

So, merujuk kembali kepada tajuk ---> 'Sakit Belakang', actually just nak berkongsi yang kadang-kadang saya ni sakit belakang. Haha taktaulaa kenapa. Mungkin salah duduk kot ataupun kurang kalsium ke. Huh -,- tapi kalau sakit belakang ni datang, kalau nak berdiri memang sakit. Terpaksalah berjalan macam orang tua.



                                            



*Aq x tuaa lagii >_< *

Haha tapi xpelaa. Mungkin tu kifarah dosa untuk pendosa ni. Kalau x bila lagi Allah nak bagi kan? Kita sebagai hambaNya kenalah tempuhi ujianNya dengan penuh iman dan sabar. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, huh saya rasa saya lagi beruntung kot. Alahai baru sakit sikit dah nak melenting.

*teringat citer Kongsi
"Baru cubit sikit, jerit supo ponde,". Haha aq x pondan kan?

Cakap pasal sakit belakang ni, teringat kisah seorang kawan saya ni. *Jantina dirahsiakan* Dia ada satu penyakit berkaitan ngan tulang kat bahagian belakang. Kesian kat dia, sebab penyakit tu, terbatas kemampuan dia untuk buat apa yang dia suka.

Teringat satu hadis ;



Sebuah hadis oleh At-Tirmizi Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Siapakah orang yang paling berat cubaannya?" Jawab baginda, "Di antara yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agama, beratlah ujian yang diterima. Jika agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya."
 Mungkin ini ujian untuk dia sebab Allah tahu dia sesuai ngan ujian ni.

Firman Allah :
"Allah tidak akan membebani hambaNya kecuali dengan kemampuannya,".
Diharapkan agar dia boleh tempuhi dugaan ni dengan penuh tabah, InsyaAllah ^_^. Tabik ngan dia. Walaupun dia ada ujian yang macam tu, tapi reaksi muka dia tak pernah tunjuk yang dia ada masalah. Subhanallah ;) Kita? Baru kena gigit nyamuk sikit dah komplain macam kena tikam jee =='

                                        

Huishh syeramm nih ><

So, all these are about how we as His servants could manage with all of His tests, either with patience or complaints... *Ceh, speaking London ;D. Haha, diharapkan kepada yang membaca ni supaya boleh tabah dan sabar dengan setiap ujian yang menimpa. Ingat, Allah sentiasa berada di sisi kita bergantung mana kita letak Allah dalam hati kita :)

Firman Allah ;
"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."
Yakinlah dengan Allah yang menciptakan kita dan InsyaAllah hati kita akan tenang. Wallahu A'lam dan Assalamualaikum semua ^_^

Saturday, 7 June 2014

Pesta Oren @ Johor

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa sobahal khair! ^_^. Sebab entri ni bertajuk oren kan, so tulisan pon kenalah oren gak . Haha XD. Maaplaa kalau x oren sangat. Boleh ler tuu.

Huh, x sangka aku mandi awal tadi *Rekod nie! ><. Haha susah kalau nak mandi awal, tapi kali ni rezeki kot, Alhamdulillah :).

So, sekarang dah pukul tujuh lebih, alang2 my family dok bersiap2, so ghompak la masa ni sikit untuk tulis blog ni. Haha jahat-jahat XD. *Kanak2 yang membaca tidak dibenarkan untuk meniru sebarang aksi-aksi yang tidak dibenarkan dalam syariat. Dikhuatiri merbahayakan diri anda. Sekiamm >_<. Alang2 jugak, tontonlaa citer Tanyalah Ustaz ni. Bermanfaat sikit, kan? Tajuk kali ni : Solat Tahajjud, oleh Ustaz Sallehuddin Muhammad *kalau x silap laa camtu kot ejaannya :3. Sonok TU ni :D. Meh tengok sama2!

Hrmm, rasa cam x masuk topik je. Haha xpe2. Bak kata orang, introduction muqaddimah :3. So, sekarang masih lagi pukul tujuh lebih. Fifteen to eight *cehwah poyoss benor. Rasa gerak pukul lapan kot, xpun pukul lapan setengah. Wallahu A'lam.

So, meh kita aq kita citer sikit pasal bio-bio orang yang nak dirai hari ni. Sebelum tu, kenapa oren ni? Kenapa awal2 ni? Haha mesti tertanya2 kan :D *nyampoh benor -,-. Actually, hari ni ada kenduri kat kluang, johor. Cakap pasal johor ni rindu teringat kat Nab <--- seorang ex-intesaber, berspek mata dan sporting giloss nak mati XD dan tinggal kat Muar. 

Okay lari topik lagi =='

So, sape yang nak dirai ni? It's my cousin! Haha namanya lupa sebenarnya haha *maaf2, tapi yang pasti kami2 panggil dia Kak Syera, suaminya plak nama Fareez.
Yang pakai baju biru tulaa Raja dan Ratu kita hari nii :D
Hari tu dah balik kampung utk tengok dorang akad nikah, hari ni plak persandingan plak. So, kalau nak tau lagi citer about this day, tungguh eh ;) Gtg. Okay lola duluu...

*** tut tut tut ***


Alhamdulillah selamat sampai di rumah :). Lebih kurang kol sembilan lah. Huh penat2 sampai2 je terus solat, pastu tengok bola ( Pahang vs Felda United FC ) huhu tapi Felda kalah 2-1. 2 gol dalam masa 10 minit, gilaa ah ><. Sambil tengok tuu sambil mengupdate la kan ;D

Diceritakan kembali pasal persandingan tadi, Alhamdulillah dorang bersanding dengan lancar. Suami Kak Syera tu tentera laut kot. Mula2 dia beliau pakai Baju Melayu, pastu tetiba jee transform pakai uniform tentera diaa. Mungkin sempena Transformers baru yang akan datang kot, haha. 
Promo dulu
Kacak wa habaq hang >_<. Patutlaa Kak Syera berkenan kan.
Transform!
Sebelum persandingan berlangsung, my family sampai kat umah mak cik mana ntah, lebih kurang pukul sepuluh setengah, pastu jumpalaa sanak-saudara semua. Pastu pukul dua, barulah berarak. Aq pakai baju NKI kot >_<. Haha bangga2. Tetiba baju ni kecik plak. Dulu masa first2 pakai besaq yang amat tapi sekarang Alhamdulillah. Tapi kalau berpeluh tulaa part yang paling malas :( Tapi xpela asalkan pakai baju kan. 

*Ni ada sikit celoteh cousin 'Mother of Nia' ><
Huh ==''
Pastuu lepas dah makan2 sume, balik haha :D. Nanti cek sertakan gambar sepanjang hari ni.
Nak bergambo ugakk! 
"Hensyemm x saya?"
Bighu benorr~
Jauh termenung tuu...
Rombongan jejaka2 Melayu terakhir XD
Pulang...

Dah tengok? Haha :D. Okaylaa so apa yang boleh disimpulkan kat sini :

1) Walau kita berseronok mahupun bergaul ataupun berinteraksi dengan sanak-saudara, batas pergaulan ( ikhtilat ) hendaklah dijaga. Check dulu sapa kita boleh salam dan yang x leh salam. Kalau tersentuh ke terlanggar kee, cepat2 Istighfar *Astaghfirullah Hal Aziim*.

2) Isi masa terluang dengan perkara2 yang berfaedah. Firman Allah dalam Surah Al-Asr  1-3
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan serta kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
Jadi, jangan buang masa! Bacalah buku ke, kongsi ilmu ke xpun tido haha XD

3) Aurat! Walau bersama sanak-saudara sekalipun, aurat sesama sanak-saudara mestilah dijaga. Konsep aurat ni luas, bukan pada pemakaian jee, tapi juga pada suara. So, janganlaa kita galak sangat gelak yaa :D Kalau pemakaian pula, kenalah kaum hawa melabuhkan tudung mereka menutupi dada mereka, dengan itu mereka akan selamat *Ni janji Allah tau!* Jangan aurat, jaga maruah! ^_^

4) Makan. Kalau menyantap tu janganlaa terlalu gelojoh takut kang tersedak, tercekik xpasal2 tuan rumah kena buat satu majlis baru plak kat situ -,-. Rasulullah berpesan bahawa makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Jangan duk tunggu sedawa dua tiga kali baru nak berhenti, dikhuatiri syaitan nanti meneman, nak? So, berpada-pada ye.
*dengarlaa lagu ni kejap yee VVV
https://www.youtube.com/watch?v=arm0v3tPTS0&list=PLBB03AF419347108D

5) Sebarkan salam. Alang2 kita dah jumpa ramai orang kan, apa salahnya kita sebarkan salam. Kan dapat pahala XD Jangan malu, sebab sebarkan salam ni boleh kikis sifat ego dalam diri kita so selamat mencuba. 
Sabda Rasulullah SAW ; 
Kalian tidak akan masuk surga sampai kalian beriman, dan tidak akan sempurna iman kalian hingga kalian saling mencintai. Maukah aku tunjukkan kalian pada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.” (HR. Muslim no. 54)
Jadi, amiklaa ibrah daripada apa yang saya telah sampaikan tadi yee. Haha walaupun di majlis kenduri, syariat Islam mestilah dijaga jugaa. Jaga akhlak, syurga menanti. Okay sekiamm dan Assalamualaikum ^_^.

Janggal?

     Bismillahirrahmanirrahim...huh lama x bukak blog ni, haha lama dah niat nak update tapi baru malam ni tergerak jari-jari ni menaip. Alhamdulillah :)

     Janggal? Kenapa dengan janggal? Adakah tentang diri? Persekitaran? Ataupun hidup yang dah janggal? Sebenarnya apa yang janggal ialah penggunaan kata ganti nama 'Azizi' sepanjang penulisan blog ni. Haha sebenarnya agak janggal untuk saya guna 'Azizi' je. Memang telah saya nyatakan dalam post yang lepas yang kalau saya guna 'Azizi' orang akan mendoakan saya, tapi kalau dah lama-lama tu rasa memang JANGGAL ~_~.
~ Janggal Face ~


     Jadi, untuk mengelakkan keJANGGALan ni daripada terus berlaku, saya akan menggunakan kata ganti nama 'saya', 'aq' ataupun 'ana', mengikut mood la. Sebenarnya saya rasa janggal sekarang...haha nak tahu kenapa? Sebab penggunaan bahasa BAKU pula. Haha sebenarnya memang tidak biasa guna bahasa baku ni. Kahkah XD.

*Languange changed

     Gila ah, kadang2 saya terpike, kalau kita tengok blog orang lain memang gempak, kan? Dengan bahasanya yang indah, isi2nya yang mantop, susunan kata2nya yang tersusun rapi ibarat buku kat PPAS tuu, dan kadang2 kita tergerak hati untuk meniru mereka2 tu sedikit-sedikit. Sebenarnya teman2, meniru memanglah baik tapi alangkah baiknya lagi kalau kita menggerakkan sesuatu *contohnya blog* dengan idea dan karya2 kita sendiri. Dengan itu, barulah kita nampak real dan versatile, kan? 

     Kadang2 lagi kita terpike, "Alaa nanti kalau aq x tiru, nanti blog aq orang baca bosan,". Teman2, sebenarnya apa fungsi blog ni sebenarnya? Adakah untuk meraih peminat ataupun subscribers? Check balik niat kita. Rasulullah SAW pernah bersabda tentang niat ni ; Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). #KopiPastaHadisNiXD

     Kan-kan?

     Gunakanlah kemudahan blog ini untuk kebaikan. Jangan disalahgunakan sebab kita bertanggungjawab atas apa yang kita buat kat muka bumi ini. Gunalah blog ni untuk tujuan berdakwah, kan banyak pahala nanti ;D. Jangan kejar 'famous' dunia, tapi kejarlah 'famous' akhirat. Lek ah, 'famous' dunia tu x kemana pun, 'famous' akhiratlah yang kekal abadi. X nak? So, kalau nak semua ni, perbetulkan niat kay :).

     Hrmm rasa sampai situ je kot, haha x sangka post 'janggal' ni jadi panjang camni. JANGGAL SUNGGUH ><. Jadi, apapun saya nak cakap yang jagalah niat kita kerana setiap apa yang kita lakukan adalah berdasarkan niat kita. Menurut ahli falsafah, manusia akan menjadi atas apa yang difikirkannya *haha rasa cam xde kaitan jee XP. Okay sampai sini je kot Azizi saya berceloteh, syukran dan Assalamualaikum ^_^.