Monday, 28 December 2015

#CeriteraNakal : Tumbuk Budak

Rahim budak nakal.
Dia panas baran.
Dia tak tahan.
Dia tumbuk budak.
Ini ceritera dia.

*****

Rahim masa tu baru darjah dua. Umur baru setahun jagung malah lagi muda daripada jagung, hmm mungkin. Rahim baru mengorak langkah selepas baru bebas daripada mengusai usia darjah satunya. Hmm, Rahim memang bajet matang. Malangnya, takde sapepun yang sedar hakikat tu. Sedih. Namun, disebabkan umurnya yang setahun jagung, dia tak mengenal kesedihan itu dan hidup seperti marhaen biasa.

Hari tu Rahim ada kelas Jawi. Bersekolah di sekolah agama memang menguji tahap keagamaan Rahim. Namun usianya yang begitu muda tidak membenarkan untuknya berkata apa apa tentang hukum hakam lagi seperti mana orang orang zaman sekarang yang sewenang-wenang berhukum hakam bak tahu semua perkara. Untung, Rahim masih terlalu muda. Jikalau tidak, semestinya dia sudah menjadi Keyboard Warrior terulung abad ni. Hmm.

Ustazah perempuan Rahim perempuan. Pakai spek mata. Rahim masih ingat gaya mukanya kerna biasalah usia Rahim yang terlalu muda mengizinkannya untuk mengingat banyak perkara. Mungkin dek kerana dosanya yang masih sifar lagi. Tiada apa yang boleh mengotorkan kain putih hatinya lagi. Jadi, kerana itu, memorinya masih lagi kuat.

Rahim belajar macam biasa. Ustazah cakap alif, Rahim cakap alif. Ustazah cakap ba, Rahim cakap ba. Ustazah cakap ca, Rahim pun cakap ca. Rahim hanya mengikut sahaja, kerna mungkin otaknya masih belum cukup dewasa untuk derhaka kepada guru-gurunya. Atau mungkin takutkan rotan atau cubitan ustazahnya itu. Maklumlah, sakit!

*Kriiingggg (loceng berbunyi)

Waktu rehat datang. Rahim pun nak pergi rehat. Tapi ada kejadian yang berlaku. Rahim sebenarnya sebelum waktu rehat tu ada buat sesuatu. Rahim bertikam mulut dengan kawannya. Farouk yang bermuka cina tu hebat juga dalam melibas-libaskan ketajaman lidahnya itu mungkin kerana dia berketurunan samurai? Malangnya, samurai diwarisi oleh warga Jepun sahaja. Farouk tersingkir.

Sebelum Rahim melabuhkan kakinya keluar kelas untuk sesi Rehat, Farouk sempat menusukkan pedang kalimahnya untuk menusuk hati Rahim yang mulus itu. Gelombang kalimah "Ketot" terngiang-ngiang di telinga ketot oh maaf Rahim itu. Rahim memalingkan mukanya yang sememangnya sudah terpandang keluar kelas dan berpaling pada Farouk. Dia menanyakan kembali, "Apa kau kata?" Mungkin Rahim tidak pasti sama ada Farouk tersalah tikam atau apa, tapi sememangnya kalimah cinta itu hanya untuk Rahim.

"KETOT!" Farouk meng-capslock-kan katanya. Sebenarnya semua orang sememangnya dah mengakui yang Rahim ni sememangnya 'ketot'. Tapi Rahim tak pernah nak kesah. Dia percaya yang seketot-ketot dia akan ada lagi yang lagi ketot. Ceh, tak nak mengalah!

Rahim tak berpuas hati. Rahim pergi ke arah Farouk. Rahim nak test power. Dush! yang Rahim bagi tepat ke muka Farouk. Rahim terus blah lepas tu dan rehat. Selesai.

*Beberapa ketika kemudian,

"Weh Rahim, ustazah nak jumpa kau!" kata seorang abang mana ntah kepada Rahim yang tengah bersembunyi di suatu sudut bangunan. Mungkin kerana hatinya rasa bersalah atas tindakannya tadi. Maklumlah hati budak budak memang cepat touching. Ceh! Rahim pergilah ke bilik guru.

Masuk-masuk bilik guru, Rahim terus dibawa ke bilik GB (Guru Besar) *cehwah short form. "Apa?!" kata hati Rahim seolah olah ditipu. Kata bilik guru tapi ni bapak bilik guru! Rahim redha.

Masuk ja kebilik GB, Rahim ternampak satu lembaga yang sedang menghadapi pendarahan hidung yang agak serius. Usha-usha muka, Rahim tergelak, tapi dalam hatilah. Okay, tu Farouk. Rupanya Rahim tertumbuk hidung Farouk sampai berdarah. Rahim tak pernah sangka tumbukannya seperti Muhammad Ali ataupun seperti ahli WWE yang lain. Rahim masih gelak dalam hati. Tapi bersalah jugaklah.

Aksi Rahim setelah menumbuk Farouk ;DDD

Setelah ditemu bual oleh GB itu dan ini, Rahim dikenakan hukuman mandatori. Haha hyper gila. Takdelah, Rahim dikenakan hukuman dua das rotan pada kedua-dua tapak tangan je. Namun, Rahim tak menangis! Mungkin dek kerana reseptor tawanya di dalam hati mengalahkan reseptor reseptor sakit di tangannya mungkin. Seusai itu, Rahim menghantar Farouk pulang.

Untung Farouk kerana rumahnya dari sekolah hanyalah secampak batu sahaja. Rahim bernasib baik kerana bolehlah acah acah baik sikit hantar Farouk balik, hmm tanda bermaaf-maafan mungkin. Rahim minta maaf, begitu juga dengan Farouk. Mereka berbaik balik. Biasalah kanak kanak, mana ada gaduh lama lama. Mana ada dendam lama lama cam kita kan? Eh?

Lepas jah hantar Farouk balik, Rahim pulang ke sekolah semula. "Hai, apalah yang aku buat hari ni?" sambil meletakkan kedua tapak tangannya di belakang kepala dan tersenyum. Hmm, Rahim Rahim. Jadi itulah ceritera Rahim. Memang pantang kalau orang ejek. Memang tak nak kalah. Lepas jah insiden yang 'tragis' itu, Rahim mulai insaf dan tidak meng-dush-kan orang lagi. 

Namun persoalannya, adakah Rahim sudah insaf dan bertaubat nasuha? 
Ataukah dia tidak taubat nasuha lagi kerana masih tiada ustaz ustazah yang mengajarnya tentang perkara itu lagi? 
Atau Rahim masih berbuat nakal lagi tapi dalam bentuk bentuk yang lain?
Siapakah Rahim sebenarnya?

Nantikan, hahahahahahahahaha 

Inilah Abam Haha, kenal?

Saturday, 19 December 2015

I've Got A Question ! :D


Alhamdulillah hari ni cek ada dapat soalan yang cek rasa cek boleh share untuk buat bekalan pakej akhirat kelak sana :D *pleased!

Actually, hajat di hati nak jawab ja kat tanya.fm tu, tapi tetiba ada limit pulak. Aduhai -,- . Jadi, cek rasa nak jawab kat sini jah laa. Senang sikit, takdok limit hahaha.

Soalannya berbunyi sebegini:


"How nk hafal al quran and nak suara sdp?"

So ni jawapan cek :)

*****

Susah soalan ni, hahaha

Kalau nak hafal quran, first kena tajdid niat. Kena niat betul-betul hafal tu untuk apa. Kalau niat betul insyaAllah Allah permudahkan. Second, baca dulu satu page atau ayat atau surah yang nak dihafal tu. Baca kasi tajwid betul betul kaw kaw! Kalau hafal tapi tajwid kelaut tadak gunaa jugak ;'D. Pastu, lepas dah betul tajwid semua, taaruf dengan maksud dia pulak. Lagi best kalau macam tu, sebab at least kita tahu cerita tentang surah atau ayat yang kita nak hafal tu :). Pastu, baru ke fasa hafal. Actually fasa ni dia ikut orang jugak. Nanti akan ada style masing masing. Kalau ana (ceh ana -,- poyoss baq hang), kalau aku, aku baca ayat tu ulang ulang sampai puas (7 - 11 kali), pastu try hafal dan kalau lupa usha usha sikit sampai puas, then baru ulang ayat tu tanpa tengok sampai puas. Nak lagi senang jangan tamaklah. Maksudnya, contoh kalau kita dah tau kita takleh hafal banyak, jangan hafal satu page terus atau satu baris terus. Potong potonglah ayat tu. Hafal sikit sikit. Kalau aku, aku suka potong ayat pakai gunting. Eh? Okay hambar =='. Kalau aku, aku suka potong ayat ikut waqaf. Ada cara lain, kita baca je ayat atau satu page tu 40/60 kali tanpa henti (tapi kalau dah pancit stoplah kejap rest, nanti pengsan takleh nak jadi hafiz/hafizah pulak -.-'). Masa ulang baca tu jangan sesekali cuba nak ulang tanpa tengok. Wajib baca je tanpa henti. InsyaAllah lepas 40/60 kali tu, semua benda yang kita ulang baca tu akan melekat sampai bila bila ^^ InsyaAllah. Satu lagi, bila hafal ni jangan rushing rushinglah. Kita nak gi mana cepat cepat kan? Nak pergi syurga? Lek lek, ahli syurga hati kena tenang takleh resah resah sebab resah gelisah tu membe syaiton. Nak? Masa nak hafal tu pastikan jiwa tenang. Amik port yang aman damai untuk hafal insyaAllah akan mudah hafal sebab kita dah tenang masa tu ^^. Takyah nak compete ngan kawan sume. Tak kemanapun. Nanti hafalan tu takkan lekat. So relaks kay! :D Wallahu A'lam



Kalau pasal soghe sedap pulak, actually saia bukanlah seseorang yang pakar makar dalam bidang tu. Soghe pun cam katak yang duk panggil hujan je. Nasib baik Klang tak banjir, eh? Haha, kalau nak tips tanyalah Hamizan Halim atau Hadimon (Lutfil Hadi). Depa ni Az Zaffran Intesaber :D. Okay kalau nak tips, first try kamceng ngan air. Caranya, masa nak minum apa apa air (lagi mutjarob minum Air Zam Zam), niatlah kat air tu atau doa cakap yang "aku nak soghe sedap". InsyaAllah molekul molekul air tu akan bertukar macam Digimon Transformer sume jadi apa yang kita niatkan. Buat istiqamah tau! Setiap hari atau setiap masa nak minum air kalau boleh. Kalau buat sehaghi je memang tadak effect pape lah dik oi -,-' . Rome was not built in a day, lupa? Lagi tips, cuba untuk tahajjud. Ntahlah apa kaitannya tapi macam berkesan jugaklah. Pastu setiap kali lepas bangun, minum air! Cubalah, nanti akan rasa kelainannya hahaha InsyaAllah. Lagi, ni tips masa aku kem bestari solat dulu. Abam Badar habaq bila amik wuduk kan ada part sunat yang masukkan air dalam hidung kan? Haaa, teruskan sebab antara hikmahnya boleh sedapkan suara. Ntah apa kaitannya tapi cubalah haha. Selain itu (hah! penanda wacana aku kasi xD), cubalah tiru suara sesiapa yang diidolai. Kalau nak soghe sedap macam Imam imam Mekah, dengarlah soghe dorang baca Quran. InsyaAllah soghe dorang boleh tighu, hati pun bersih, eh? Kalau nak cam Adam Levine (sedap ow soghe dia jangan memain ! ><), dengarlah lagu lagu dia. Kalau nak berBang Bang Bang cam lagu Big Bang tu, carilah player Kedah nama Bang tu, ajak dia nyanyi sekali, okay hambar ==''. Tapi kalau nak soghe katak cam aku ni, carilah katak suruh dia ong ong ong banyak kali, insyaAllah ada hasilnya haha xD (AMARAN KERAS KEPADA PENGGELI ATAU PEMFOBIA KATAK, ANDA DILARANG KERAS UNTUK TERLIBAT. SEBARANG KEMATIAN ATAU KEPENGSANAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH INCHE TEKKEN ATAU PIHAK PIHAK YANG SEWAKTU DENGANNYA). Lagi kalau dah takleh sangat doa ler bebanyak. Kalau tak dapat jugak, hang carilah sesiapa suh pukul hang sebab doa orang dizalimi ni takdak hijab! :D Ataupun hang sendiri pi pukul orang lain pastu suh dia doa kat hang, insyaAllah Allah makbulkan ^^ Nak lagi makbul, pukul mak hang sendighi. InsyaAllah kemakbulannya berganda, hahaha. (Janganlah try adoyai -.-')

*****

Jadi, itulah jawapan jawapannya. Semoga dapat diamalkan insyaAllah :D Maap bebanyak lah yer kalau jawapan jawapan tu tak memuaskan sebab saia sebenarnya bukanlah seorang Hafiz nak bagi tips hapal Quran semua dan bukanlah jugak Hafiz Hamidun nak share tips soghe sodap. I just gave all things that I know. Tapi kalau tuan hamba ada informasi informasi yang lebih Kebabom, share share lah ye ^^ Moga bermanfaat.

Maaf panjang sangat hahaha. Hajat di hati nak jadi penulis. Nak buat buku jugak macam Abam Hilal Asyraf, Abam Aiman Azlan, Inche Gabbana dan semua kelana kelananya tak termasuk Kelana Jaya (okay abaikan). Doakan lah ea saya dapat jadi penulis suatu hari nanti. Nanti InsyaAllah kepada member member terdekat, diskaun anda menanti hahaha. Tapi kenalah doa kay! (Nampak benor ketidakikhlasannya itu, alahai).

Rasa tu je kot. Wallahu A'lam Bissawab. Assalamualaikum ;D

Wednesday, 16 December 2015

Relaks!!!! Allah kan ada :)

Every lock has its own key ^^


"Arghhh!!! Kenapa aku buat benda ni Ya Allah! Sumpah dah lepas ni aku dah taknak buat. Ya Allah, aku bertaubat Ya Allah! Aku bertaubat! Sumpah nyesal gila!"


Semua orang macam ni. Lepas dah terbuat satu dosa atau kesalahan yang sangat sangat boleh dikatakan besar, dorang akan nyesal. Dorang akan kembali kepada fitrah. Fitrah yang sebenar-benarnya, Allah.

Semua manusia tak maksum. Hanya Baginda tercayang je yang maksum. Tahu dok maksum tu gapo?

*maksum = takdok dosa*

Sebab kita semua tak maksum lah kita akan selalu dan selalu buat dosa. Tapi lepas berdosa kita mesti teringat Allah kan? Kenapa ea? Hmm. Kita akan bertaubat. Tapi lepas tu buat balik. Taubat. Buat balik. Taubat. Dan akan berulang sampai bila bila. (Hopely taubat nasuha lah barulah ada keazaman taknak buat balik)

Tapi apapun must always keep in mind, sebanyak mana pun dosa kita as long as kita tak mensyirikkan Allah Yang Maha Agung, Dia akan ampunkan kita :)

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Ta’ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

See! Allah tak kejam! Allah tak zalim! Kita je yang selalu sangat zalimi diri sendiri. Dah tahu salah tapi buat lagi. Biasalah, manusia. #mohonistighfarsokmo

Actually seminggu lebih ni banyak ajar aku benda. Sejak umi tinggalkan aku ngan abah sendirian kat rumah, aku belajar baaaaaanyak sangat benda. Aku ingat duk asrama dah boleh kira independent sangat, rupanya tidak, duk sorang sorang kat rumah lagi ajar kau erti Ke-INDEPENDENT-an. Haha teruk bebenor grammar. Mohon ampun teacher teacher semua xD

Sejak umi takde, aku belajar ;


  • Tanak nasi
  • Basuh baju yang beribu (okay ni hiperbola -,-)
  • Basuh pinggan
  • Masak (Haha air je pun) oh yaa, dengan telur. Ya dengan telur
  • Sidai baju kain selendang semua macam anak dara (kelas kau jah)
  • Layan tetamu
  • Lawan nafsu gila gila (maklumlah soghang soghang kan)
  • Lawan nafsu lagi pergi masjid/surau
  • Baca quran tika mana kau taknak baca
  • Lipat baju kain semua
  • Kemas bilik yang selama ni tak pernah dikemaskan pun (aku rasa aku boleh masuk cerita Deco Idaman lah -,-)
  • Kemas bilik lagi
  • dan lagi ....
  • .....


Actually ni hanyalah yang tersurat. Hmm my independence quite tercabar gak la bila duk soghang soghang ni. Dengan abah yang kerja pagi, I'm just alone at house. Huh nasib baik ada Pali, yeah dia mai umah haritu. At least adalah peneman sat. Kalau tak ... mereput jee. Alahai~


********

Keresahan tu sangat kita takleh elak.
It happens almost to anybody.
Cuma kita ada dua pilihan je bila resah tu datang.
Layan atau lawan!

Something happened kat aku lately.
Something yang buat aku resah sangat.
Gelisah sangat.
Menyesal sangat.
Memang rasa down sangat.
Rasa cam takleh nak buat apa apa.
Rasa memang nak patah balik masa.
Nak ubah segalanya,
tapi apakan daya,
aku tak terdaya.

Aku kembali pada fitrah.
Allah.
Hanya Dia sahaja tempat yang aku boleh berserah.
Hanya Dia sahaja tempat yang aku boleh mengadu.
Aku berdoa supaya dihilangkan perkara itu.
Selama-lamanya.
Aku periksa.
Benda tu masih ada.

Aku makin resah.
Aku banyakkan doa.
Perasaan kesalku semakin bertambah.
Rasa serik untuk ulang kesilapan yang sama selamanya.
Setiap masa aku berharap agar Allah hilangkan masalah tu serta merta.
Aku periksa.
Masih ada.
Hiba.
Kecewa.

Keresahan semakin lama memerangkap diri.
Macam macam penyakit datang mengiringi.
Memang tak boleh nak dielakkan lagi.
Hmm, mungkin kifarah buat diri yang sering leka ini.

Umi dah balik, tapi masalah tu masih tak balik balik jua.
Semakin lama semakin aku sedar akan dosa yang telah aku buat.
Aku percaya Dia takkan datangkan mangga sekiranya tiada kunci.
Bukankah dalam Surah Al Insyirah Dia dah buktikan?

Aku semakin muhasabah.
Merenung sedalam dalamnya diri sendiri.
Astaghfirullah hal aziim.
Aku sedar, aku leka.
Allah tak pernah menzalimi aku,
tapi akulah penzalim diri sendiri.
Astaghfirullah.

Aku teruskan berdoa.
Kerana hanya itulah senjata yang ku ada.
Namun.
Doa doa juga tiada guna. 
Kalau tanpa usaha.
Aku ikhtiar.
Ke laman sesawang aku berkelana.
Mencari maklumat untuk solusi masalah ini.
Aku tak ingin semakin lama kegelisahan ini semakin membarah dalam diri.
Aku teruskan mencari.
Satu persatu solusi yang kutemui aku cuba untuk mengubati.
Aku periksa.
Masih sama, tiada beza.
Tapi aku ingat akan kata kata seorang pengajar agama,
"Allah tak tengok hasil, tapi Allah tengok proses"
Aku teruskan usaha.
Jatuh sekali tidak mengapa.
Kerna.
Apa guna daya kalau tidak mahu bangun semula?

Aku beristikharah, aku berhajat, aku bertaubat.
Semakin lama semakin aku sedar bahawa aku hanyalah kerdil di mataNya
Tiada guna hebat dalam berbicara tapi tidak sedikit pun diguna untuk mengingatiNya
Aku tunduk.
Sedar akan kuasa Yang Maha Esa.

Semakin lama semakin aku faham erti hidup.
Aku adalah khalifah.
Allah memuliakan aku bukan kerana banyaknya ibadah, tapi tika mana aku berdakwah!
Aku sedar.
Aku hiba.
Kecewa.
Bangun.
Bangkit semula!

Aku semakin sedar. 
Semakin lama kita letakkan kebergantungan kita padaNYa, 
semestinya Dia akan menolong kita.
Allah tidak kejam bukan?
Aku teruskan berdoa dan berusaha.
Berhari hari, berjam berjam mencari solusi.
Satu persatu ku cuba.
Namun tidak berjaya juga.
Namun kali ni, aku tidak hampa.
Kerna aku percaya, aku masih adaNya.

Kali ini, Allah tidak mengecewakan aku.
Aku sedar, hanya Dia lah cintaku yang Satu.
Halawatul Iman hanya akan dikecapi jika kau letakkan Dia dan Baginda di hati pada takhta nombor satu.
Usaha dan doa kini bersatu.
Tawakkal dan ikhtiar mula mendatangkan hasil yang seribu satu.
Aku tahu, Dia tidak akan pernah mengecewakanku.

Pada hari ini, aku berjumpa dengan solusinya.
Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga aku ucap kepadaNya.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berterima kasihnya aku kepadanya.
Sujud syukur aku hadiahkan untukNya.
Aku gembira sangat tak terhingga.
:)

Aku harapkan ini menjadi pengajaran untukku.
Agar aku sedar tujuan hidupku selama ini.
Kita tak boleh lari dari masalah, kerna ia hanya akan menambahkan lagi masalah.
Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan MEREMPUHNYA!
Tak guna menangis, tak guna kecewa, tak guna juga hiba.
Kerna ia tidak akan sama sekali menghilangkan masalah yang ada.

Sentiasa positif denganNya.
Kerna dalam setiap kesulitan ada kemudahan.
Allah bagi mangga, mustahil tidak ada kuncinya sekali.
Kadang kala kunci itu ada sahaja di depan mata, tapi kita sibuk menangis sehingga terlepas benda yang sudah ada di depan mata.
Ingatlah, Allah tak pernah bergerak seinci.
Sedepa kau datang padaNya, sehasta Dia datang pada kau.
Berjalan kau datang kat Dia, berlari Allah datang nak peluk kau.
^^

Keberkatan hanya akan dikenali bila kau dah mula rasakan ketenangan.
Jangan lakukan dosa, kerna ia akan mengundang masalah yang besar sahaja.
Tinggalkan dosa besar, nescaya dosa kecil pun akan ditinggalkan sama.
Apapun, buat apa yang Allah redha, InsyaAllah syurga menanti disana.

*****

Akhir kata,
Setiap masalah ada penyelesaiannya :)
Allah kan dah kata dalam Quran, Surah Al Baqarah Ayat last,

"Allah tidak akan membebani hambaNya kecuali dengan kemampuannya"

Bila mana Allah bagi kita ujian tu, Allah tahu kita mampu!
Jangan lari dari masalah, selesaikan masalah!
InsyaAllah selepas hujan lebat akan ada pelangi.
Haha, kalau malam?
Jangan risau pelangi masih ada.

*Smiled :)