Monday, 5 January 2015

Lagi seminggu nak sekolah? Tidaaaakkkkkk!!!!!

Allahu.
Mengikut countdown comel dalam tab ni, kira-kira lebih kurang 6 hari je lagi untuk memulakan langkah sebagai peneguk ilmu. Cepatnya masa berlalu. 

Sekarang dah masuk 5 Januari, hari Isnin dan aku sedang menaip entri ni pada jam 12.11 pagi mengikut jam kat tab ni. Actually sekarang dalam keta dalam perjalanan nak ke Kedah. Ikut abah sebab abah ada keje. Alang-alang tu bolehlah pegi jalan-jalan. Hihi Alhamdulillah. Abah kata nak bawak pi kolam air panas. Hrmm well~

Dalam masa lebih kurang seminggu ni, haa sebelum terlupa, actually minggu ni adalah minggu free yang Allah bagi kat hamba-hamba Malaysia. Sepatutnya minggu ni dah start sekolah maaa, tapi sebab keprihatinan kerajaan terhadap mangsa-mangsa banjir, diberilah cuti lagi seminggu. Alhamdulillah.
#prayforpantaitimur

Lagi seminggu nak sekolah ni, agak-agak apa student-student tengah buat eh?
  • Buat homework? 
  • Marathon movie? 
  • Lepak-ing? 
  • Tambah credit ibadah? 
  • Pergi majlis ilmu? 
  • Jimba-jimba?
  • Or jalan-jalan macam aku? 
Haha.

Tapi apa yang nak cakap kat sini, nikmat seminggu tambahan yang Allah bagi ni memang sangat-sangat nikmat bagi aku. Mungkin Allah tahu yang aku tak siap homework lagi kot. Haha. Memang insyaAllah akan dimanfaatkan! Tapi perlu mujahadah jugaklah nak melawan nafsu. Huh! -,-

Bertemankan adik-adik disisi sekarang,
Tinggal seminggu je nak bersama dorang. Lepas tu dah kena pulang ke 'hotel' kuu, haha. Bermulalah perjalanan sebagai SPM Warrior! >< Hopely dapat terus istiqamah dalam meng-versus nafsu ni. Betul eh, kalau kalah ngan nafsu sekarang, memang hanyutlah perjalanan nak capai straight A plus tuu. So memang kena jihad habis-habisan lepas ni! Lepas ni dah kena tinggalkan family dan pergi ke 'family' lagi satu. Huhu. *sebak plak tetiba 

"Dari Asia menjelajah!"
Haha tetiba teringat tagline Juara Pencetus Ummah Musim Kedua who is PU Azman. Hopely kat Kedah lepas ni boleh dimanfaatkan sepenuhnya dengan ilmu, infinitekan ibadah, sadokan iman dan amankan jiwa. Cehwah!
*actually Ikim.fm pasang lagu Iman Aman sebenarnya ^^
#karoekedulu
#prayforgaza

***

Okay done karoeke!
Hehe.

***

Okaylah, rasa setakat sini je kot. Haha saja nak bercoret pepagi ni. Bosan kan, biasalah. Doakan supaya dapat mengupas lebih banyak idea yang more islamic dan beneficial for ummah lepas ni. *Cehwah! Hamek kau speaking london xD.
Doakan juga supaya diri ni boleh menjadi seorang Hafiz suatu hari nanti. Sedang struggling sekarang ni! >< Pike senang?
Haha okay, Assalamualaikum semua.
Wallahu A'lam.

Friday, 2 January 2015

Cerita Pagi Tadi : Orientasi SKBT

SKBT stands for Sekolah Kebangsaan Berasrama Tinggi. Haha takdelah. Actually Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi. Di sinilah tempat aku menimba ilmu dari darjah 3 hinggalah berjaya memegang slip keputusan UPSR yang tercatat kesemuanya A, Alhamdulillah. Haha tapi kali ni bukan nak cerita pasal SKBT pun tapi just nak cerita 'Cerita Pagi Tadi' yang berlaku di SKBT.
Nak tau apa jadi? Jom!

*****

*vroom2 bunyi kereta Umi (ceh actually takde bunyi pun, saja tambah sound effect)
Seawal pagi, aku, umi, adik n fithni keluar daripada rumah nak pergi ke SKBT. Tak sangka aku berpagi-pagi -,- yelah Jumaat kan *cehwah. Sebenarnya hari ni SKBT ada orientasi untuk murid2 darjah satu baharu. So, aku ikut umi sebab senang untuk Solat Jumaat. Nak taknak kenalah ikut, kalau tak, tak berJumaatlah jawabnya.

So, lebih kurang pukul 7.30 macam tu, kami pun sampai. Sebelum nak keluar keta tu, otak dok mikir 'manalah aku nak duk lepas ni?' Haha yelah, dahla orang ramai. Malaslah nak tayang muka *cehwah perasan giloss. Lepas tu decide lah mula-mula nak gi Tesco. Rupa-rupanya adik pun fikrah sama gak, dia pun taktau nak gi mana. So last2 pergilah surau.

Sampai surau, kami pun lepak-lepak cam orang takde keje *memang takde keje pun haha. Aku baca buku Hilal Asyraf '30 Hari Mencari Tuhan' haaa amik kau! Adik pulak main tab. Lebih kurang pukul 8 tu kami rasa agak bosan. So decidelah nak gi Tesco dan kami pergi. Tapi there's a problem...

Untuk menuju ke pintu keluar SKBT tu, aku kena melalui beberapa orang cikgu. Huh! Actually tak taulah nape hati ni rasa malu sangat nak jumpa cikgu. Mungkin sebab kacak sangat kot *okay ni nyampah ==''. Jadi kami pun setup 2 plan.

Yang pertama, adik's plan, dari surau tu guna shortcut means just straight away redah terus ke pintu keluar. Masalahnya plan tu 50/50. Mungkin cikgu nampak, dan kalau bertuah cikgu tak nampaklah. 
Aku punya plan plak, kami amik tangga paling atas guna tangga sebelah (cikgu x nampak) dan turun guna tangga paling hujung dan terus keluar ikut jalan parking keta cikgu. Tapi adik cam taknak. Tapi, last last redah la jugak. And finally kena jumpa la jugak cikgu2.

*Masa menuju cikgu2
"Wuishh, dah besar dah,"
"Dah besar dah dia!"
Ustaz Shamsul la paling tanak kalah dia punya ayat,
"Wuish, cer tengok dia punya jerawat. Konfem banyak girlfriend ni! Kan? Kan? Mesti ada secret admirer ni!"
Semua cikgu gelak kat situ dan aku pun gelak lah sekali tapi dalam hati "Huhu malunyaa T_T"
Lepas tu aku terus ke pintu keluar.

Selepas kejadian yang menikam jiwa sebentar tadi, haha, aku pun jalan-jalan ngan adik kat tesco. Lama gaklaa. Tapi mostly kedai tak bukak lagi, yelah sebab awal lagi kan. Lepas dah habis satu tesco kami jelajah, kami pun balik. Masa balik tu, tetiba terserempak ngan umi ngan Cikgu Saadiah. Dorang pun otw nak ke Tesco jugak dan aku ngan adik pun pusinglah balik ikut dorang ke Tesco semula. Haha.
Cikgu Saadiah kata, 
"Awak dah ikut cikgu, jadi macam anak cikgulah,"

Act umi ngan Cikgu Saadiah pegi Tesco sebab nak pi beli buah untuk jamuan cikgu-cikgu. Aku tukang tolak troli ✌. Dalam perjalanan,
"Ni zizi ke adik dia ni lagi tinggi?" tanya Cikgu Saadiah.
"Ehh mestilah saya cikgu!!" Balas aku ngan konpidennyaa. Haha tanaklah kalah ngan adikkan. 
(Fakta untuk semua: aku memang lagi tinggi daripada adik aku eh! Beza 4 cm je. Kuikui)

Lepas dah habis shopping ni yang lagi best. Cikgu Saadiah belanja ais-krim mahal!!! 
Nama kedai ais-krim tu Mama Mia Ice Cream, pernah dengar? Aku amik perisa Nutella sebab cam sedap je kan. Masa otw balik, aku kata kat adik, "Ni kalau fithni tengok ni konpom jeles giler ni! Haha" then balik sekolah.

Selepas beberapa ketika, aku dah start bosan. So, menyendirilah seketika. Jalan2 pi kantin, pusing2 satu sekolah (habis satu sekolah aku jelajah), mengelamun pandang padang sekolah, then finally aku pun duduk lah kat sebelah bilik kaunseling sebab situ cam ada bangku ngan tenang. Masa duduk kat situ, saksikanlah gelagat budak-budak darjah satu yang baru mengenali alam persekolahan. Kesian sangat kat dorang sebab beg mengalahkan badan. Haha. Adalah jugak tegur beberapa orang budak n tanya, "What's yur name?"
"Nama sape dik?"
"Berat ke dik?"
"Best tak sekolah?"
dan pelbagailah jawapan2. Ada sorang budak ni sedih sebab tali beg dia putus, n aku tak sampai hati pastu tolonglah dia. Tapi tak sempat betulkan tali satu lagi then aku suruh je dia sarung satu tali yang dah dibetulkan tu kat bahu dan satu lagi yang x dibetulkan, aku suruh dia pegang jee. Kesian budak2 ni tapi nak buat macam mana kan, itulah namanya PENGALAMAN.

Agak2 dah pukul 11.30 tu aku bosan lagi. Cari adik n fithni tapi tak jumpa. So aku pun pegilah Tesco balik. Tapi kali ni aku habiskan masa kat Toy Store. Banyak mainan~~~ lepas tu usha2 la sikit running shoes. Cantik tapi tadak duit. Huhu. Pastu balik n lunch kat bilik guru. Masa habis basuh tangan, Cikgu Sandra tanya, 
"Tahun ni form bape?"
Mula2 dah nak terjawab form 4, tapi sebab teringat yang dah masuk tahun baru jadi dengan konfidennya
"FORM 5! " .

Lepas makan terus jalan kaki pegi masjid for Jumaah prayer.
*bukak pintu main hall dan cari tempat kosong
Seusai solat tahiyatul masjid, dengar ceramah daripada Ustaz sape ntah, tapi nampak gaya orang ganulah. Then dengar khutbah tajuk pasal Hudud. Ada seketika tu tersengguk-sengguk la jugak tapi Alhamdulillah dapat bertahan. Hehe. Tapi apa yang indahnya ialah kejadian selepas Solat Jumaat.

First, aku jumpa Jibril dan kawan-kawannya. Salam-salam. Jibril kata,
"Uishh, dah besarlah kau! Mak sihat?"
"Alhamdulillah sihat :)"
Lepas tu jumpa ZulIrfan plak (kawan sekolah agama dulu)
"ZulIrfan kan?"
"Aah"
Then peluk dia pastu tanya dia sekolah mana. Alhamdulillah sekarang dia ngan adik dia sekolah pondok kat Telok Panglima Garang. Dalam hati masa tu terfikir yang Subhanallah betapa besarnya rahmat Allah! Sebak kot! Lepas tu terus ke Tesco cari umi ngan adik-adik.
"Hish, mana dorang ni?" detik hati. Tak jumpa jumpa dari tadi. Rasa dah 3 kali pusing. Pastu tetiba hati terdetik nak pi tandas, kot kot la kan. Then,suddenly terserempak ngan Cikgu Saadiah. Cikgu cakap yang umi semua baru masuk. Masa nak pergi tu tetiba suara dari belakang,
"Azizi!"
Toleh belakang dan terpampang lah muka seorang jejaka kawan lama. Ikhmal namanya. Archer kot jangan main main! Paling takleh belah nya dia cakap,
"Dah tinggi eh ko sekarang!" sambil menunjukkan tangannya di atas kepala. Haha dalam hati masa tu hanya boleh mengungkapkan bait-bait Alhamdulillah saja. Then, peluk minta izin pergi dan cari dorang. Alhamdulillah jumpa. Pastu beli beli sikit dan balik.

*****

Jadi itulah apa yang berlaku sepanjang pagi tadi sampailah tengah hari tadi. Hrmm pengalaman tu memang manis, tapi pengalaman jumpa kawan-kawan lama dan yang lagi sebak apabila kita jumpa kawan lama kita yang dah jauh berhijrah taqarrub dengan Ilahi sedangkan diri ni masih hina ba'id dengan Ilahi. Allahu. Pengalaman tak boleh dicipta tapi mesti dijelajahi.

Allah cakap dalam Surah Al Mulk ayat 15,
"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."
Semoga kita sentiasa menjadi pengembara yang sentiasa dahagakan ilmu dan menjelajahi pengalaman baru. InsyaAllah. Sekian setakat sini. Assalamualaikum.
Wallahu A'lam.