Hari ni ,malam ni sebenarnya Azizi nak cakap pasal sesuatu benda yang kandungannya mempunyai ilmu yang sangat-sangat luas. Ha! Macam seronok kan? Haha x lain dan x bukan buku la. Tapi Azizi bukan nak cakap pasal buku pun, tu macam general sangat tapi pasal sejenis buku ni yang Azizi rasa Azizi dah tertarik dah. ^_^ Syukran Jazilan sekali lagi diucapkan kepada ukhti Azizi sebab selalu mengesyorkan benda-benda yang baik kat Azizi :D Baik, buku ni adik-beradik kepada Solusi dan namanya ialah GEN-Q.....
Ha! Darimanalah datangnya Gen-Q ni kan? Hrmm datangnya dari kakak Azizi. Dia kan baru habis STAM pastu dia pun bawak baliklah semua buku-buku dia yang dari asrama tu. Masa dia tengah kemas-kemas dia bagi kat Azizi buku ni (dia bagi isu 19 ngan 20)
Inilah isu2 yang kakak Azizi bagi mula-mula. Pastu try2 la baca. Ya Allah! Subhanallah! Seronok pulak buku ni. Apa lagi layan jela. So, dok bawak la buku ni kehulu kehilir. Baca je. Best tau! Sebab apa, sebab dalam ni ada dalil-dalil, hadis-hadis ,kisah-kisah yang sememangnya menarik perhatian Azizi. So, apa boleh buat Alhamdulillah jela. ^_^
Okay, semua benda tu berlakunya time Azizi balik kampung. Masa dalam perjalanan pulang dari kampung ke Klang (Rumahku Syurgaku), kakak tetibe nak pegi kedai buku pulak kat KB Mall. So, abah pun pegila. Dah sampai, kakak keluar. Azizi pun keluar jugaklah haha nak beli buku jugak! XD Alasan lain kakak perlukan bodyguard haha. So, pegila Popular .Kakak ngan adik <--- dia ikut jugak nak beli novel. Azizi pun usha-usha lah Solusi (dulu minat Solusi), tetibe ternampak buku Gen-Q ni. Ada 3 isu latest lagi. So, pike Solusi ke Gen-Q? Solusi ke Gen-Q? Solusi RM10 Gen-Q RM7. Pike2 terus amik tiga-tiga isu tu terus pegi kaunter. Keluarkan duit dan bayar. Ya Allah! Memang puas hati giler dapat beli. Alhamdulillah >_< Tengok cover dia, baru pulak tu! Memang bertambah excited la! Kahkah. So, dah sampai keta dan pulang.
Sekarang pun Alhamdulillah still teruskan baca buku-buku ni tapi dalam lima-lima isu Gen-Q yang Azizi ada tu baru habiskan 2. Haha Azizi ni memang malas membaca. Tapi, sekarang dah cuba terapkan budaya membaca ni seiring ngan cita-cita Azizi nak jadi macam Dr Danial. So, kalau nak jadi macam dia kenalah rajin membaca ^_^ So, Allah kurniakan Gen-Q ni sebagai benih permulaan pokok membaca ni. Alhamdulillah!
Kalau nak ceritakan pasal kandungan Gen-Q ni memang xkan habis, sebab banyak! So, kalau nak tau belilah sendiri ye! ;) Ala. murah je RM7 je pun. Kalau yang lain mampu, xkan buku 7 Ringgit sebagai panduan hidup ni x mampu kot? Kumpullah duit dan belilah ^_^ Azizi cadang kalau Azizi dapat 9A InsyaAllah (dua hari lagi) *doakan tau >_<* ,kalau Allah bagi rezeki berupa wang, InsyaAllah Azizi nak gunakan untuk beli buku-buku ni sebagai teman untuk Azizi kalau Azizi bosan. ^_^ Cadang nak kumpul semua isu dari 1 sampailah 26 (yang latest sekarang 26). Okay sekarang Azizi tunjukkan semua gambar-gambar isu Gen-Q ni. Dari 1-26.
![]() |
| Dah ada :D |
![]() |
| Dah ada :D |
![]() |
| Dah ada :D |
![]() |
| Dah ada :D |
![]() |
| Dah ada :D |
~"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (Surah As-Sajdah 12)
~Daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda, 'Merupakan tanda baiknya Islam seseorang iaitu meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.'" (Hadis hasan riwayat Tirmizi dan lainnya)
Okay Assalamualaikum dan Salam Dakwah ^_^.






































