Tuesday, 17 December 2013

Gen-Q

Salamullahi Alaikum ^_^,

     Hari ni ,malam ni sebenarnya Azizi nak cakap pasal sesuatu benda yang kandungannya mempunyai ilmu yang sangat-sangat luas. Ha! Macam seronok kan? Haha x lain dan x bukan buku la. Tapi Azizi bukan nak cakap pasal buku pun, tu macam general sangat tapi pasal sejenis buku ni yang Azizi rasa Azizi dah tertarik dah. ^_^ Syukran Jazilan sekali lagi diucapkan kepada ukhti Azizi sebab selalu mengesyorkan benda-benda yang baik kat Azizi :D Baik, buku ni adik-beradik kepada Solusi dan namanya ialah GEN-Q.....

     Ha! Darimanalah datangnya Gen-Q ni kan? Hrmm datangnya dari kakak Azizi. Dia kan baru habis STAM pastu dia pun bawak baliklah semua buku-buku dia yang dari asrama tu. Masa dia tengah kemas-kemas dia bagi kat Azizi buku ni (dia bagi isu 19 ngan 20) 

     Inilah isu2 yang kakak Azizi bagi mula-mula. Pastu try2 la baca. Ya Allah! Subhanallah! Seronok pulak buku ni. Apa lagi layan jela. So, dok bawak la buku ni kehulu kehilir. Baca je. Best tau! Sebab apa, sebab dalam ni ada dalil-dalil, hadis-hadis ,kisah-kisah yang sememangnya menarik perhatian Azizi. So, apa boleh buat Alhamdulillah jela. ^_^

     Okay, semua benda tu berlakunya time Azizi balik kampung. Masa dalam perjalanan pulang dari kampung ke Klang (Rumahku Syurgaku), kakak tetibe nak pegi kedai buku pulak kat KB Mall. So, abah pun pegila. Dah sampai, kakak keluar. Azizi pun keluar jugaklah haha nak beli buku jugak! XD Alasan lain kakak perlukan bodyguard haha. So, pegila Popular .Kakak ngan adik <--- dia ikut jugak nak beli novel. Azizi pun usha-usha lah Solusi (dulu minat Solusi), tetibe ternampak buku Gen-Q ni. Ada 3 isu latest lagi. So, pike Solusi ke Gen-Q? Solusi ke Gen-Q? Solusi RM10 Gen-Q RM7. Pike2 terus amik tiga-tiga isu tu terus pegi kaunter. Keluarkan duit dan bayar. Ya Allah! Memang puas hati giler dapat beli. Alhamdulillah >_< Tengok cover dia, baru pulak tu! Memang bertambah excited la! Kahkah. So, dah sampai keta dan pulang.

     Sekarang pun Alhamdulillah still teruskan baca buku-buku ni tapi dalam lima-lima isu Gen-Q yang Azizi ada tu baru habiskan 2. Haha Azizi ni memang malas membaca. Tapi, sekarang dah cuba terapkan budaya membaca ni seiring ngan cita-cita Azizi nak jadi macam Dr Danial. So, kalau nak jadi macam dia kenalah rajin membaca ^_^ So, Allah kurniakan Gen-Q ni sebagai benih permulaan pokok membaca ni. Alhamdulillah!

     Kalau nak ceritakan pasal kandungan Gen-Q ni memang xkan habis, sebab banyak! So, kalau nak tau belilah sendiri ye! ;) Ala. murah je RM7 je pun. Kalau yang lain mampu, xkan buku 7 Ringgit sebagai panduan hidup ni x mampu kot? Kumpullah duit dan belilah ^_^ Azizi cadang kalau Azizi dapat 9A InsyaAllah (dua hari lagi) *doakan tau >_<* ,kalau Allah bagi rezeki berupa wang, InsyaAllah Azizi nak gunakan untuk beli buku-buku ni sebagai teman untuk Azizi kalau Azizi bosan. ^_^ Cadang nak kumpul semua isu dari 1 sampailah 26 (yang latest sekarang 26). Okay sekarang Azizi tunjukkan semua gambar-gambar isu Gen-Q ni. Dari 1-26.
Dah ada :D
Dah ada :D
Dah ada :D
Dah ada :D
Dah ada :D
     Jadi, inilah semua isu-isu yang dah keluar, sekarang ni masih menunggu untuk isu 27 pulak >_< Okaylah tujela yang Azizi nak share kali ni. Jadi Azizi nasihatkan kat muslimin muslimat sekalian, manfaatkanlah masa anda semua dengan perkara-perkara yang bermanfaat contohnya, baca buku Gen-Q ni. Serius best! dan berpahala! Tak rugi Azizi cakap kalau beli. Sekali lagi ulang 7 Ringgit je XD Akhir kata, manfaatkanlah masa anda semanfaatnya selagi Allah bagi nyawa ni. Jangan bila dah kat Padang Mahsyar nanti baru nak minta hidup balik kat Allah nak buat amalan. It's too late man! -_- 

~"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (Surah As-Sajdah 12)

~Daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda, 'Merupakan tanda baiknya Islam seseorang iaitu meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.'" (Hadis hasan riwayat Tirmizi dan lainnya)

     Okay Assalamualaikum dan Salam Dakwah ^_^.


Thursday, 12 December 2013

Emm Pii Teghiii~

     MP3...sejenis alat yang orang gunakan untuk dengar lagu *Memangla -_-* Hari ni nak citer yang Azizi pon ada, kahkahkah XD *batak betul* Haha xdela, nak citer sikit pasal MP3 Azizi tu. Kenapa? Haha,jom Azizi citer!
     Namanya haha xde namela, biasa-biasa je. Actually sebelum ni Azizi memang x pernah ada MP3 pon. Umi ngan Abah memang x kasi sebab takut nanti lalai. So, Azizi pon akur jela. Untuk pengetahuan, Azizi pon xde henfon lagi smpai sekarang, haha adalah kisahnya *RAHSIA*. Tengok orang lain study sonok-sonok je dengar MP3 kat telinga, Azizi sunyi je dengan buku ni ha. Orang lain tido earphone kat telinga, Azizi tido dengan doa dan selimut jela. Seriusly memang jeles! >_<.

     Tapi, Azizi x kesah pon sebab boleh je hidup tanpa MP3 tu dan boleh je dapat result gempak *bukan riak eh* Yang paling penting sekali ialah usaha kita macam mana nak kejar kejayaan tu. Cer tengok Nik Nur Madihah ( My Idol >_< ) dia x kaya mana pon. Mana ada henset, MP3 sume. Rumah pon nak roboh dah. Ayah nelayan, mak tukang sapu, tapi sebab kegigihan dan usaha dia, Allah bagi dia result yang sangat2 gempak iaitu 20 A. Kita boleh? Tapi yang paling penting kita bersyukur ^_^.

     Tapikan suatu hari Allah kurniakan Azizi gadjet ni. Actually benda ni hadiah sebenarnya. Kawan bagi. Haha tengok! Nak beli pon xleh, kawan jugak bagi *Tenks kawan ^_^ May Allah bless u* Tapi xpela, hadiah so Azizi terima je. *Bersalah :(* MP3 ni unik tau. Dia selalu demam. Huh! -_- baru dengar setengah jam dia dah meragam dah, sakit perutlah, nak makan ubatlah (tu tandanya dah habis bateri) So, Azizi sabar jela. Mula2 memang x kamceng, kawan Azizi pon dah cakap dah suruh banyak bersabar, tapi bila dah lama-lama tu Alhamdulillah dah biasa. MP3 ni x macam MP3 orang lain tau. Bukan Sony pon. Biasa-biasa je. Tapi yang Azizi peliknye bila ada orang ternampak je dorang akan cakap "Uishh! Ipod la! Mana ko beli weyh? Kaya bolela" Azizi pon -_- la. Cakap jela kawan bagi tapi xcakap la sape :D Haha. Pelik2 Unik sungguh MP3 tu.
Inilah Emm Pii Teghiii ku itu
     Baik! Apa yang ada dalam MP3 tu ialah seeeeemuanya lagu nasyid. Ada la lagu Najwa Latif tapi tu je. Yang lain semuanya nasyid. Yang kelakarnya bila ada sape2 kawan Azizi yang nak dengar MP3 Azizi ni la XD Azizi pon cakap "Weyh jangan weyh nanti ko terbakar," tapi dia degil dia nak dengar jgak. X sampai seminit dia dah pulang balik. Haha XD dah cakap dah xnak dengar. Yela biasa la tu sebab trend-trend budak2 zaman sekarang sume dok layan lagu English, lagu K-pop sume, mana nak layan nasyid-nasyid ni dah. Kalau ada pon sikit jela.

     So itulah kisah MP3 Azizi. Pelik tapi bermakna. Kalau Azizi bosan, baru lepas study tu pasang la. Bolehla melagakan sikit kebosanan. Kalau xpon jalan2 bawak la sekali MP3 tu dengar sampailah dia 'semput' pastu simpan -_-. Kalau MP3 mesti ada earphone kan? Haha x penting pon .Yang nak citernye dari dulu sampai sekarang ,earphone yang paling kental ialah earphone iPhone umi tu. Yela mahal kan ^_^. Yang lain sume xleh harap. Beats pon Azizi dah start curiga dah. Banyak cetak rompak la. Eleh curiga2 pon Azizi beli gak dua kat Wakaf Che Yeh haritu. Kahkahkah dah murah kan. So, beli jela. Tu pon ada yang dah tercabut satu. Sungguh xleh harap betul =='. Lain kali kena research dulu baru beli.
Earphone iPhone
Earphone Beats
     So, nak citernye itulah kisah MP3 Azizi. Ha! Sebelum terlupa, MP3 ni kebal tau. Jatuh macam mana pon x rosak2 jugak. Bagus2! ^_^. Jadi, sape yang ada MP3 kat luar sana Azizi nak nasihatkan gunakanlah MP3 anda tu semanfaat yang boleh. Kalau boleh letaklah surah-surah sekali atau ayat-ayat al-Quran. Haritu pon umi dah tegur dah Huh! *sentap abess* Dan jaga-jaga juga sebab kalau dengar MP3 lama-lama pon bahaya juga, kalau tido jangan sesekali pasang MP3 kat telinga tau! Bahaya! Nanti boleh pekak. Sayang telinga kan? Anugerah Allah tuu...xkan nak sia-siakan camtu je kot. Jadi, gunakanlah sebijak yang boleh. Akhir kata, sape yang ada cadangan tentang lagu2 yang best ,bolehlah share sekali. Nak dengar jugak ! >_< Okay sampai situ jelah kot .Assalamualaikum ^_^ #nantikalauadaduitlebihcadangnakbeliMP3Sony...heheInsyaAllah

InsyaAllah Azizi jaga sebaik yang boleh...^_^

Wednesday, 11 December 2013

Selain Maher Zain....

     Baiklah kali ni Azizi nak cerita selain Maher Zain, sebenarnya ada lagi yang Azizi minat sekarang. Huhu tapi baru start tahun ni minat :( Terima kasih Azizi ucapkan kat kawan Azizi sorang ni. *Syukran Ya*

     Baiklah, Maher Zain memang best sebab suara dia. Huh serius jeles >_< Baru-baru ni MZ launch album terbaru dia (Forgive Me). Actually, MZ ni dh launch 2 album dah : 1) Thank You Allah 2) Forgive Me. Tapi album Forgive Me ni Azizi x explore sangat la. Huhu :( xpe2 lain kali ada masa explore :)
             
                 
Thank You Allah

Forgive Me

     So, inilah cover album tu. Okay nak sambung cerita, selain MZ ni Azizi minat satu band nasyid ni. Namanya 'Masuk-Kumpulan'. Haha xdela Inteam. Haha lagu dia best! :D Tenang. Dulu kumpulan ni ada 5 orang secara overall tapi sekarang tinggal 3 je :( 

Dari kiri : Suhaimi, Syah, Rahim, Amin, Hisyam
     Yang tinggal hanya Shah, Amin, Rahim. Suhaimi ngan Hisyam dah keluar. Kay Azizi citer sikit pasal Inteam ni. Dah launch 8 album dah ( huh banyak btol >_< ), yang latest album Iman Aman. Best! Dah hafal banyak dah lagu dalam tu.
Smart kan? ^_^
                                         
     Okay Syah. Dia ni yang hensem tu. Dia ada vocal yang tinggi. Kadang-kadang Azizi try la jugak nak tiru. Nasib baik x pecah, pastu Amin, dia yang pakai spek mata tu. Dia pandai lenggok2kan suara dia. Sedap! Pastu Rahim, dia yang comel tu. Boleh buat suara tinggi jugak dan suara dia unik :) Kemudian Suhaimi (out-team) Azizi suka dia sebab suara dia unik giler pastu boleh buat suara bass yang sangat bass *x paham kan?* Maksudnya dia boleh buat suara garau giler, xdela garau sangat tapi boleh buat suara lowlah *xtaula nak describe cane -_-* Last sekali Hisyam, (out-team) dia ni macam Syah je cume kelebihan dia boleh lenggokkan suara dalam masa yang sama high-pic vocal :D Overall dorang sume ni memang superb dan best! Haha suka dorang ^_^ #BisikanNurani #KalimahCinta #DoaSeorangKekasih

     Okay, dah sembang pasal Inteam ni, Azizi nak citer pasal band nasyid yang kedua ni plak. Namanya Mestica. Ya Allah, Azizi xtaula nape Azizi suka sangat kat dorang. Sumpah sedap! Subhanallah kuasa Allah ^_^ Yang penting Azizi enjoyla. Lagi satu Azizi kadang-kadang nak nangis bila dengar sebab ada part2 keinsafan kot :') Okay Mestica ni ada 4 orang tapi Azizi x explore sangat lagi. Baru nak explore, so x kenal sangat la. Huhu sorry Mestica :( #Egois #Nasuha #SenduSendawa

Ni lah Mestica
                                     
Antara lagu yang Azizi suka :D

     Kemudian nak singkatkan citer ada lagi dua iaitu UNIC ngan Sami Yusuf. Haha UNIC ni best sbb dorang unik la >_< Haha dorang pon selalu muncul dalam Dikir Zikir #TVAlHijrah , yang Sami Yusuf tu baru minat sebab lepas tengok Tanyalah Ustaz, dia pasang lagu Sami Yusuf ni, pastu terpikat pulak >_<. Kaylah penat pulak describe panjang2 so Azizi letak video dorang jelah. :D
     

                                     
UNIC - Remaja

Sami Yusuf - Hasbi Rabbi

     So, sebagai konklusinya inilah semua band2 nasyid yang Azizi suka. Bestlah dengar ,tenang dan boleh dapat pahala lagi sebab kita dengar benda-benda yang baik. Haha so, apa yang Azizi boleh cakap kat sini, Muslimin Muslimat kat luar sana trylah cari hobi yang bermanfaat contohnya dengar lagu-lagu ni :D Jangan bazir masa dengan benda-benda yang lagha dan x bermanfaat, rugi je. Pepatah Arab ada mengatakan "Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu". Allah pon ada berfirman "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." So itulah yang Azizi boleh sampaikan .Semoga dapat kita berjumpa lagi. Assalamualaikum dan Salam Dakwah ^_^




Jumpa dan Update ! :D

     Alhamdulillah, Azizi jumpa jugak blog ni :D Huh! Jeles tengok abang-abang ,kakak-kakak sume dok update blog so hati ni terasa tercabar pulak >_< So, updatelah blog yang dah bape kurun dah ni o.O

     Haha, mesti pelikkan kenapa banyak post yang lepas pasal Maher Zain. Haha, macam ni ceritanya XD Dulu Azizi memang suka sangat kat Maher Zain. Plus, Ustazah dulu pon suka suruh kami (budak2 SKBT) buat persembahan nasyid pakai lagu Maher Zain ni. So, lebih kurang camtulah kenapa Azizi minat sangat kat Maher Zain ni. Hafal tau sume lagu dia !
     

Inilah muka Maher Zain tu ^_^

     So, sebab tulah blog ni banyak post pasal MZ ni. Yela, dulu-dulu manalah matang lagi nak decorate-decorate blog ni cantik-cantik bagai. X pandai lagi :) Tapi, sekarang ni Alhamdulillah bolehla tapi kena belajar lagila. So, ada masa tu stalk blog abang-abang ngan kakak-kakak ni XP Haha. Belajar eh . Kikiki XD

     So, dengan blog ni InsyaAllah Azizi pakai untuk satu lagi medium untuk dakwah ^_^. Facebook, Twitter, Azizi xnak dengan benda-benda ni sume Azizi x dapat pahala. So, kemudahan-kemudahan yang ada ni kita pakailah untuk tambah saham pahala untuk ke syurga nanti . Kita kena pandai cari peluang untuk tambah pahala barulah boleh kata kita ni as Muslim Millenia.

     Kaylah. Setakat tu je kot untuk Muqaddimah blog 'update' ni. Haha nanti Azizi berceloteh lagi InsyaAllah :) Tunggu la ye. Kahkahkah XD. InsyaAllah bermanfaat untuk readers sume. *Saya pakai ganti diri nama 'Azizi' sebab saya nak pembaca sume mendoakan nama saya bila baca post-post saya ni. InsyaAllah peribadi saya akan capai maksud nama Azizi tu yang membawa maksud 'Disayangi dan Dikasihi' InsyaAllah*