Baiklah, Maher Zain memang best sebab suara dia. Huh serius jeles >_< Baru-baru ni MZ launch album terbaru dia (Forgive Me). Actually, MZ ni dh launch 2 album dah : 1) Thank You Allah 2) Forgive Me. Tapi album Forgive Me ni Azizi x explore sangat la. Huhu :( xpe2 lain kali ada masa explore :)
![]() |
| Thank You Allah |
![]() |
| Forgive Me |
So, inilah cover album tu. Okay nak sambung cerita, selain MZ ni Azizi minat satu band nasyid ni. Namanya 'Masuk-Kumpulan'. Haha xdela Inteam. Haha lagu dia best! :D Tenang. Dulu kumpulan ni ada 5 orang secara overall tapi sekarang tinggal 3 je :(
![]() |
| Dari kiri : Suhaimi, Syah, Rahim, Amin, Hisyam |
![]() |
| Smart kan? ^_^ |
Okay Syah. Dia ni yang hensem tu. Dia ada vocal yang tinggi. Kadang-kadang Azizi try la jugak nak tiru. Nasib baik x pecah, pastu Amin, dia yang pakai spek mata tu. Dia pandai lenggok2kan suara dia. Sedap! Pastu Rahim, dia yang comel tu. Boleh buat suara tinggi jugak dan suara dia unik :) Kemudian Suhaimi (out-team) Azizi suka dia sebab suara dia unik giler pastu boleh buat suara bass yang sangat bass *x paham kan?* Maksudnya dia boleh buat suara garau giler, xdela garau sangat tapi boleh buat suara lowlah *xtaula nak describe cane -_-* Last sekali Hisyam, (out-team) dia ni macam Syah je cume kelebihan dia boleh lenggokkan suara dalam masa yang sama high-pic vocal :D Overall dorang sume ni memang superb dan best! Haha suka dorang ^_^ #BisikanNurani #KalimahCinta #DoaSeorangKekasih
Okay, dah sembang pasal Inteam ni, Azizi nak citer pasal band nasyid yang kedua ni plak. Namanya Mestica. Ya Allah, Azizi xtaula nape Azizi suka sangat kat dorang. Sumpah sedap! Subhanallah kuasa Allah ^_^ Yang penting Azizi enjoyla. Lagi satu Azizi kadang-kadang nak nangis bila dengar sebab ada part2 keinsafan kot :') Okay Mestica ni ada 4 orang tapi Azizi x explore sangat lagi. Baru nak explore, so x kenal sangat la. Huhu sorry Mestica :( #Egois #Nasuha #SenduSendawa
![]() |
| Ni lah Mestica |
Antara lagu yang Azizi suka :D
Kemudian nak singkatkan citer ada lagi dua iaitu UNIC ngan Sami Yusuf. Haha UNIC ni best sbb dorang unik la >_< Haha dorang pon selalu muncul dalam Dikir Zikir #TVAlHijrah , yang Sami Yusuf tu baru minat sebab lepas tengok Tanyalah Ustaz, dia pasang lagu Sami Yusuf ni, pastu terpikat pulak >_<. Kaylah penat pulak describe panjang2 so Azizi letak video dorang jelah. :D
UNIC - Remaja
Sami Yusuf - Hasbi Rabbi
So, sebagai konklusinya inilah semua band2 nasyid yang Azizi suka. Bestlah dengar ,tenang dan boleh dapat pahala lagi sebab kita dengar benda-benda yang baik. Haha so, apa yang Azizi boleh cakap kat sini, Muslimin Muslimat kat luar sana trylah cari hobi yang bermanfaat contohnya dengar lagu-lagu ni :D Jangan bazir masa dengan benda-benda yang lagha dan x bermanfaat, rugi je. Pepatah Arab ada mengatakan "Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu". Allah pon ada berfirman "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." So itulah yang Azizi boleh sampaikan .Semoga dapat kita berjumpa lagi. Assalamualaikum dan Salam Dakwah ^_^





0 Luahan Semanis Kurma:
Post a Comment