Namanya haha xde namela, biasa-biasa je. Actually sebelum ni Azizi memang x pernah ada MP3 pon. Umi ngan Abah memang x kasi sebab takut nanti lalai. So, Azizi pon akur jela. Untuk pengetahuan, Azizi pon xde henfon lagi smpai sekarang, haha adalah kisahnya *RAHSIA*. Tengok orang lain study sonok-sonok je dengar MP3 kat telinga, Azizi sunyi je dengan buku ni ha. Orang lain tido earphone kat telinga, Azizi tido dengan doa dan selimut jela. Seriusly memang jeles! >_<.
Tapi, Azizi x kesah pon sebab boleh je hidup tanpa MP3 tu dan boleh je dapat result gempak *bukan riak eh* Yang paling penting sekali ialah usaha kita macam mana nak kejar kejayaan tu. Cer tengok Nik Nur Madihah ( My Idol >_< ) dia x kaya mana pon. Mana ada henset, MP3 sume. Rumah pon nak roboh dah. Ayah nelayan, mak tukang sapu, tapi sebab kegigihan dan usaha dia, Allah bagi dia result yang sangat2 gempak iaitu 20 A. Kita boleh? Tapi yang paling penting kita bersyukur ^_^.
Tapikan suatu hari Allah kurniakan Azizi gadjet ni. Actually benda ni hadiah sebenarnya. Kawan bagi. Haha tengok! Nak beli pon xleh, kawan jugak bagi *Tenks kawan ^_^ May Allah bless u* Tapi xpela, hadiah so Azizi terima je. *Bersalah :(* MP3 ni unik tau. Dia selalu demam. Huh! -_- baru dengar setengah jam dia dah meragam dah, sakit perutlah, nak makan ubatlah (tu tandanya dah habis bateri) So, Azizi sabar jela. Mula2 memang x kamceng, kawan Azizi pon dah cakap dah suruh banyak bersabar, tapi bila dah lama-lama tu Alhamdulillah dah biasa. MP3 ni x macam MP3 orang lain tau. Bukan Sony pon. Biasa-biasa je. Tapi yang Azizi peliknye bila ada orang ternampak je dorang akan cakap "Uishh! Ipod la! Mana ko beli weyh? Kaya bolela" Azizi pon -_- la. Cakap jela kawan bagi tapi xcakap la sape :D Haha. Pelik2 Unik sungguh MP3 tu.
| Inilah Emm Pii Teghiii ku itu |
So itulah kisah MP3 Azizi. Pelik tapi bermakna. Kalau Azizi bosan, baru lepas study tu pasang la. Bolehla melagakan sikit kebosanan. Kalau xpon jalan2 bawak la sekali MP3 tu dengar sampailah dia 'semput' pastu simpan -_-. Kalau MP3 mesti ada earphone kan? Haha x penting pon .Yang nak citernye dari dulu sampai sekarang ,earphone yang paling kental ialah earphone iPhone umi tu. Yela mahal kan ^_^. Yang lain sume xleh harap. Beats pon Azizi dah start curiga dah. Banyak cetak rompak la. Eleh curiga2 pon Azizi beli gak dua kat Wakaf Che Yeh haritu. Kahkahkah dah murah kan. So, beli jela. Tu pon ada yang dah tercabut satu. Sungguh xleh harap betul =='. Lain kali kena research dulu baru beli.
| Earphone iPhone |
| Earphone Beats |
![]() |
| InsyaAllah Azizi jaga sebaik yang boleh...^_^ |


0 Luahan Semanis Kurma:
Post a Comment