Monday, 5 January 2015

Lagi seminggu nak sekolah? Tidaaaakkkkkk!!!!!

Allahu.
Mengikut countdown comel dalam tab ni, kira-kira lebih kurang 6 hari je lagi untuk memulakan langkah sebagai peneguk ilmu. Cepatnya masa berlalu. 

Sekarang dah masuk 5 Januari, hari Isnin dan aku sedang menaip entri ni pada jam 12.11 pagi mengikut jam kat tab ni. Actually sekarang dalam keta dalam perjalanan nak ke Kedah. Ikut abah sebab abah ada keje. Alang-alang tu bolehlah pegi jalan-jalan. Hihi Alhamdulillah. Abah kata nak bawak pi kolam air panas. Hrmm well~

Dalam masa lebih kurang seminggu ni, haa sebelum terlupa, actually minggu ni adalah minggu free yang Allah bagi kat hamba-hamba Malaysia. Sepatutnya minggu ni dah start sekolah maaa, tapi sebab keprihatinan kerajaan terhadap mangsa-mangsa banjir, diberilah cuti lagi seminggu. Alhamdulillah.
#prayforpantaitimur

Lagi seminggu nak sekolah ni, agak-agak apa student-student tengah buat eh?
  • Buat homework? 
  • Marathon movie? 
  • Lepak-ing? 
  • Tambah credit ibadah? 
  • Pergi majlis ilmu? 
  • Jimba-jimba?
  • Or jalan-jalan macam aku? 
Haha.

Tapi apa yang nak cakap kat sini, nikmat seminggu tambahan yang Allah bagi ni memang sangat-sangat nikmat bagi aku. Mungkin Allah tahu yang aku tak siap homework lagi kot. Haha. Memang insyaAllah akan dimanfaatkan! Tapi perlu mujahadah jugaklah nak melawan nafsu. Huh! -,-

Bertemankan adik-adik disisi sekarang,
Tinggal seminggu je nak bersama dorang. Lepas tu dah kena pulang ke 'hotel' kuu, haha. Bermulalah perjalanan sebagai SPM Warrior! >< Hopely dapat terus istiqamah dalam meng-versus nafsu ni. Betul eh, kalau kalah ngan nafsu sekarang, memang hanyutlah perjalanan nak capai straight A plus tuu. So memang kena jihad habis-habisan lepas ni! Lepas ni dah kena tinggalkan family dan pergi ke 'family' lagi satu. Huhu. *sebak plak tetiba 

"Dari Asia menjelajah!"
Haha tetiba teringat tagline Juara Pencetus Ummah Musim Kedua who is PU Azman. Hopely kat Kedah lepas ni boleh dimanfaatkan sepenuhnya dengan ilmu, infinitekan ibadah, sadokan iman dan amankan jiwa. Cehwah!
*actually Ikim.fm pasang lagu Iman Aman sebenarnya ^^
#karoekedulu
#prayforgaza

***

Okay done karoeke!
Hehe.

***

Okaylah, rasa setakat sini je kot. Haha saja nak bercoret pepagi ni. Bosan kan, biasalah. Doakan supaya dapat mengupas lebih banyak idea yang more islamic dan beneficial for ummah lepas ni. *Cehwah! Hamek kau speaking london xD.
Doakan juga supaya diri ni boleh menjadi seorang Hafiz suatu hari nanti. Sedang struggling sekarang ni! >< Pike senang?
Haha okay, Assalamualaikum semua.
Wallahu A'lam.

0 Luahan Semanis Kurma:

Post a Comment