![]() |
| Every lock has its own key ^^ |
"Arghhh!!! Kenapa aku buat benda ni Ya Allah! Sumpah dah lepas ni aku dah taknak buat. Ya Allah, aku bertaubat Ya Allah! Aku bertaubat! Sumpah nyesal gila!"
Semua orang macam ni. Lepas dah terbuat satu dosa atau kesalahan yang sangat sangat boleh dikatakan besar, dorang akan nyesal. Dorang akan kembali kepada fitrah. Fitrah yang sebenar-benarnya, Allah.
Semua manusia tak maksum. Hanya Baginda tercayang je yang maksum. Tahu dok maksum tu gapo?
*maksum = takdok dosa*
Sebab kita semua tak maksum lah kita akan selalu dan selalu buat dosa. Tapi lepas berdosa kita mesti teringat Allah kan? Kenapa ea? Hmm. Kita akan bertaubat. Tapi lepas tu buat balik. Taubat. Buat balik. Taubat. Dan akan berulang sampai bila bila. (Hopely taubat nasuha lah barulah ada keazaman taknak buat balik)
Tapi apapun must always keep in mind, sebanyak mana pun dosa kita as long as kita tak mensyirikkan Allah Yang Maha Agung, Dia akan ampunkan kita :)
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Ta’ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
See! Allah tak kejam! Allah tak zalim! Kita je yang selalu sangat zalimi diri sendiri. Dah tahu salah tapi buat lagi. Biasalah, manusia. #mohonistighfarsokmo
Actually seminggu lebih ni banyak ajar aku benda. Sejak umi tinggalkan aku ngan abah sendirian kat rumah, aku belajar baaaaaanyak sangat benda. Aku ingat duk asrama dah boleh kira independent sangat, rupanya tidak, duk sorang sorang kat rumah lagi ajar kau erti Ke-INDEPENDENT-an. Haha teruk bebenor grammar. Mohon ampun teacher teacher semua xD
Sejak umi takde, aku belajar ;
- Tanak nasi
- Basuh baju yang beribu (okay ni hiperbola -,-)
- Basuh pinggan
- Masak (Haha air je pun) oh yaa, dengan telur. Ya dengan telur
- Sidai baju kain selendang semua macam anak dara (kelas kau jah)
- Layan tetamu
- Lawan nafsu gila gila (maklumlah soghang soghang kan)
- Lawan nafsu lagi pergi masjid/surau
- Baca quran tika mana kau taknak baca
- Lipat baju kain semua
- Kemas bilik yang selama ni tak pernah dikemaskan pun (aku rasa aku boleh masuk cerita Deco Idaman lah -,-)
- Kemas bilik lagi
- dan lagi ....
- .....
Actually ni hanyalah yang tersurat. Hmm my independence quite tercabar gak la bila duk soghang soghang ni. Dengan abah yang kerja pagi, I'm just alone at house. Huh nasib baik ada Pali, yeah dia mai umah haritu. At least adalah peneman sat. Kalau tak ... mereput jee. Alahai~
********
Keresahan tu sangat kita takleh elak.
It happens almost to anybody.
Cuma kita ada dua pilihan je bila resah tu datang.
Layan atau lawan!
Something happened kat aku lately.
Something yang buat aku resah sangat.
Gelisah sangat.
Menyesal sangat.
Memang rasa down sangat.
Rasa cam takleh nak buat apa apa.
Rasa memang nak patah balik masa.
Nak ubah segalanya,
tapi apakan daya,
aku tak terdaya.
Aku kembali pada fitrah.
Allah.
Hanya Dia sahaja tempat yang aku boleh berserah.
Hanya Dia sahaja tempat yang aku boleh mengadu.
Aku berdoa supaya dihilangkan perkara itu.
Selama-lamanya.
Aku periksa.
Benda tu masih ada.
Aku makin resah.
Aku banyakkan doa.
Perasaan kesalku semakin bertambah.
Rasa serik untuk ulang kesilapan yang sama selamanya.
Setiap masa aku berharap agar Allah hilangkan masalah tu serta merta.
Aku periksa.
Masih ada.
Hiba.
Kecewa.
Keresahan semakin lama memerangkap diri.
Macam macam penyakit datang mengiringi.
Memang tak boleh nak dielakkan lagi.
Hmm, mungkin kifarah buat diri yang sering leka ini.
Umi dah balik, tapi masalah tu masih tak balik balik jua.
Semakin lama semakin aku sedar akan dosa yang telah aku buat.
Aku percaya Dia takkan datangkan mangga sekiranya tiada kunci.
Bukankah dalam Surah Al Insyirah Dia dah buktikan?
Aku semakin muhasabah.
Merenung sedalam dalamnya diri sendiri.
Astaghfirullah hal aziim.
Aku sedar, aku leka.
Allah tak pernah menzalimi aku,
tapi akulah penzalim diri sendiri.
Astaghfirullah.
Aku teruskan berdoa.
Kerana hanya itulah senjata yang ku ada.
Namun.
Doa doa juga tiada guna.
Kalau tanpa usaha.
Aku ikhtiar.
Ke laman sesawang aku berkelana.
Mencari maklumat untuk solusi masalah ini.
Aku tak ingin semakin lama kegelisahan ini semakin membarah dalam diri.
Aku teruskan mencari.
Satu persatu solusi yang kutemui aku cuba untuk mengubati.
Aku periksa.
Masih sama, tiada beza.
Tapi aku ingat akan kata kata seorang pengajar agama,
"Allah tak tengok hasil, tapi Allah tengok proses"
Aku teruskan usaha.
Jatuh sekali tidak mengapa.
Kerna.
Apa guna daya kalau tidak mahu bangun semula?
Aku beristikharah, aku berhajat, aku bertaubat.
Semakin lama semakin aku sedar bahawa aku hanyalah kerdil di mataNya
Tiada guna hebat dalam berbicara tapi tidak sedikit pun diguna untuk mengingatiNya
Aku tunduk.
Sedar akan kuasa Yang Maha Esa.
Semakin lama semakin aku faham erti hidup.
Aku adalah khalifah.
Allah memuliakan aku bukan kerana banyaknya ibadah, tapi tika mana aku berdakwah!
Aku sedar.
Aku hiba.
Kecewa.
Bangun.
Bangkit semula!
Aku semakin sedar.
Semakin lama kita letakkan kebergantungan kita padaNYa,
semestinya Dia akan menolong kita.
Allah tidak kejam bukan?
Aku teruskan berdoa dan berusaha.
Berhari hari, berjam berjam mencari solusi.
Satu persatu ku cuba.
Namun tidak berjaya juga.
Namun kali ni, aku tidak hampa.
Kerna aku percaya, aku masih adaNya.
Kali ini, Allah tidak mengecewakan aku.
Aku sedar, hanya Dia lah cintaku yang Satu.
Halawatul Iman hanya akan dikecapi jika kau letakkan Dia dan Baginda di hati pada takhta nombor satu.
Usaha dan doa kini bersatu.
Tawakkal dan ikhtiar mula mendatangkan hasil yang seribu satu.
Aku tahu, Dia tidak akan pernah mengecewakanku.
Pada hari ini, aku berjumpa dengan solusinya.
Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga aku ucap kepadaNya.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berterima kasihnya aku kepadanya.
Sujud syukur aku hadiahkan untukNya.
Aku gembira sangat tak terhingga.
:)
Aku harapkan ini menjadi pengajaran untukku.
Agar aku sedar tujuan hidupku selama ini.
Kita tak boleh lari dari masalah, kerna ia hanya akan menambahkan lagi masalah.
Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan MEREMPUHNYA!
Tak guna menangis, tak guna kecewa, tak guna juga hiba.
Kerna ia tidak akan sama sekali menghilangkan masalah yang ada.
Sentiasa positif denganNya.
Kerna dalam setiap kesulitan ada kemudahan.
Allah bagi mangga, mustahil tidak ada kuncinya sekali.
Kadang kala kunci itu ada sahaja di depan mata, tapi kita sibuk menangis sehingga terlepas benda yang sudah ada di depan mata.
Ingatlah, Allah tak pernah bergerak seinci.
Sedepa kau datang padaNya, sehasta Dia datang pada kau.
Berjalan kau datang kat Dia, berlari Allah datang nak peluk kau.
^^
Keberkatan hanya akan dikenali bila kau dah mula rasakan ketenangan.
Jangan lakukan dosa, kerna ia akan mengundang masalah yang besar sahaja.
Tinggalkan dosa besar, nescaya dosa kecil pun akan ditinggalkan sama.
Apapun, buat apa yang Allah redha, InsyaAllah syurga menanti disana.
*****
Akhir kata,
Setiap masalah ada penyelesaiannya :)
Allah kan dah kata dalam Quran, Surah Al Baqarah Ayat last,
"Allah tidak akan membebani hambaNya kecuali dengan kemampuannya"
Bila mana Allah bagi kita ujian tu, Allah tahu kita mampu!
Jangan lari dari masalah, selesaikan masalah!
InsyaAllah selepas hujan lebat akan ada pelangi.
Haha, kalau malam?
Jangan risau pelangi masih ada.
*Smiled :)

0 Luahan Semanis Kurma:
Post a Comment