Janggal? Kenapa dengan janggal? Adakah tentang diri? Persekitaran? Ataupun hidup yang dah janggal? Sebenarnya apa yang janggal ialah penggunaan kata ganti nama 'Azizi' sepanjang penulisan blog ni. Haha sebenarnya agak janggal untuk saya guna 'Azizi' je. Memang telah saya nyatakan dalam post yang lepas yang kalau saya guna 'Azizi' orang akan mendoakan saya, tapi kalau dah lama-lama tu rasa memang JANGGAL ~_~.
![]() |
| ~ Janggal Face ~ |
Jadi, untuk mengelakkan keJANGGALan ni daripada terus berlaku, saya akan menggunakan kata ganti nama 'saya', 'aq' ataupun 'ana', mengikut mood la. Sebenarnya saya rasa janggal sekarang...haha nak tahu kenapa? Sebab penggunaan bahasa BAKU pula. Haha sebenarnya memang tidak biasa guna bahasa baku ni. Kahkah XD.
*Languange changed
Gila ah, kadang2 saya terpike, kalau kita tengok blog orang lain memang gempak, kan? Dengan bahasanya yang indah, isi2nya yang mantop, susunan kata2nya yang tersusun rapi ibarat buku kat PPAS tuu, dan kadang2 kita tergerak hati untuk meniru mereka2 tu sedikit-sedikit. Sebenarnya teman2, meniru memanglah baik tapi alangkah baiknya lagi kalau kita menggerakkan sesuatu *contohnya blog* dengan idea dan karya2 kita sendiri. Dengan itu, barulah kita nampak real dan versatile, kan?
Kadang2 lagi kita terpike, "Alaa nanti kalau aq x tiru, nanti blog aq orang baca bosan,". Teman2, sebenarnya apa fungsi blog ni sebenarnya? Adakah untuk meraih peminat ataupun subscribers? Check balik niat kita. Rasulullah SAW pernah bersabda tentang niat ni ; Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). #KopiPastaHadisNiXD
Kan-kan?
Gunakanlah
kemudahan blog ini untuk kebaikan. Jangan disalahgunakan sebab kita
bertanggungjawab atas apa yang kita buat kat muka bumi ini. Gunalah blog ni
untuk tujuan berdakwah, kan banyak pahala nanti ;D. Jangan kejar 'famous'
dunia, tapi kejarlah 'famous' akhirat. Lek ah, 'famous' dunia tu x kemana pun,
'famous' akhiratlah yang kekal abadi. X nak? So, kalau nak semua ni,
perbetulkan niat kay :).
Hrmm rasa sampai
situ je kot, haha x sangka post 'janggal' ni jadi panjang camni. JANGGAL
SUNGGUH ><. Jadi, apapun saya nak cakap yang jagalah niat kita kerana
setiap apa yang kita lakukan adalah berdasarkan niat kita. Menurut ahli
falsafah, manusia akan menjadi atas apa yang difikirkannya *haha rasa cam xde
kaitan jee XP. Okay sampai sini je kot Azizi saya berceloteh, syukran dan
Assalamualaikum ^_^.

0 Luahan Semanis Kurma:
Post a Comment