Saturday, 7 June 2014

Pesta Oren @ Johor

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa sobahal khair! ^_^. Sebab entri ni bertajuk oren kan, so tulisan pon kenalah oren gak . Haha XD. Maaplaa kalau x oren sangat. Boleh ler tuu.

Huh, x sangka aku mandi awal tadi *Rekod nie! ><. Haha susah kalau nak mandi awal, tapi kali ni rezeki kot, Alhamdulillah :).

So, sekarang dah pukul tujuh lebih, alang2 my family dok bersiap2, so ghompak la masa ni sikit untuk tulis blog ni. Haha jahat-jahat XD. *Kanak2 yang membaca tidak dibenarkan untuk meniru sebarang aksi-aksi yang tidak dibenarkan dalam syariat. Dikhuatiri merbahayakan diri anda. Sekiamm >_<. Alang2 jugak, tontonlaa citer Tanyalah Ustaz ni. Bermanfaat sikit, kan? Tajuk kali ni : Solat Tahajjud, oleh Ustaz Sallehuddin Muhammad *kalau x silap laa camtu kot ejaannya :3. Sonok TU ni :D. Meh tengok sama2!

Hrmm, rasa cam x masuk topik je. Haha xpe2. Bak kata orang, introduction muqaddimah :3. So, sekarang masih lagi pukul tujuh lebih. Fifteen to eight *cehwah poyoss benor. Rasa gerak pukul lapan kot, xpun pukul lapan setengah. Wallahu A'lam.

So, meh kita aq kita citer sikit pasal bio-bio orang yang nak dirai hari ni. Sebelum tu, kenapa oren ni? Kenapa awal2 ni? Haha mesti tertanya2 kan :D *nyampoh benor -,-. Actually, hari ni ada kenduri kat kluang, johor. Cakap pasal johor ni rindu teringat kat Nab <--- seorang ex-intesaber, berspek mata dan sporting giloss nak mati XD dan tinggal kat Muar. 

Okay lari topik lagi =='

So, sape yang nak dirai ni? It's my cousin! Haha namanya lupa sebenarnya haha *maaf2, tapi yang pasti kami2 panggil dia Kak Syera, suaminya plak nama Fareez.
Yang pakai baju biru tulaa Raja dan Ratu kita hari nii :D
Hari tu dah balik kampung utk tengok dorang akad nikah, hari ni plak persandingan plak. So, kalau nak tau lagi citer about this day, tungguh eh ;) Gtg. Okay lola duluu...

*** tut tut tut ***


Alhamdulillah selamat sampai di rumah :). Lebih kurang kol sembilan lah. Huh penat2 sampai2 je terus solat, pastu tengok bola ( Pahang vs Felda United FC ) huhu tapi Felda kalah 2-1. 2 gol dalam masa 10 minit, gilaa ah ><. Sambil tengok tuu sambil mengupdate la kan ;D

Diceritakan kembali pasal persandingan tadi, Alhamdulillah dorang bersanding dengan lancar. Suami Kak Syera tu tentera laut kot. Mula2 dia beliau pakai Baju Melayu, pastu tetiba jee transform pakai uniform tentera diaa. Mungkin sempena Transformers baru yang akan datang kot, haha. 
Promo dulu
Kacak wa habaq hang >_<. Patutlaa Kak Syera berkenan kan.
Transform!
Sebelum persandingan berlangsung, my family sampai kat umah mak cik mana ntah, lebih kurang pukul sepuluh setengah, pastu jumpalaa sanak-saudara semua. Pastu pukul dua, barulah berarak. Aq pakai baju NKI kot >_<. Haha bangga2. Tetiba baju ni kecik plak. Dulu masa first2 pakai besaq yang amat tapi sekarang Alhamdulillah. Tapi kalau berpeluh tulaa part yang paling malas :( Tapi xpela asalkan pakai baju kan. 

*Ni ada sikit celoteh cousin 'Mother of Nia' ><
Huh ==''
Pastuu lepas dah makan2 sume, balik haha :D. Nanti cek sertakan gambar sepanjang hari ni.
Nak bergambo ugakk! 
"Hensyemm x saya?"
Bighu benorr~
Jauh termenung tuu...
Rombongan jejaka2 Melayu terakhir XD
Pulang...

Dah tengok? Haha :D. Okaylaa so apa yang boleh disimpulkan kat sini :

1) Walau kita berseronok mahupun bergaul ataupun berinteraksi dengan sanak-saudara, batas pergaulan ( ikhtilat ) hendaklah dijaga. Check dulu sapa kita boleh salam dan yang x leh salam. Kalau tersentuh ke terlanggar kee, cepat2 Istighfar *Astaghfirullah Hal Aziim*.

2) Isi masa terluang dengan perkara2 yang berfaedah. Firman Allah dalam Surah Al-Asr  1-3
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan serta kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
Jadi, jangan buang masa! Bacalah buku ke, kongsi ilmu ke xpun tido haha XD

3) Aurat! Walau bersama sanak-saudara sekalipun, aurat sesama sanak-saudara mestilah dijaga. Konsep aurat ni luas, bukan pada pemakaian jee, tapi juga pada suara. So, janganlaa kita galak sangat gelak yaa :D Kalau pemakaian pula, kenalah kaum hawa melabuhkan tudung mereka menutupi dada mereka, dengan itu mereka akan selamat *Ni janji Allah tau!* Jangan aurat, jaga maruah! ^_^

4) Makan. Kalau menyantap tu janganlaa terlalu gelojoh takut kang tersedak, tercekik xpasal2 tuan rumah kena buat satu majlis baru plak kat situ -,-. Rasulullah berpesan bahawa makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Jangan duk tunggu sedawa dua tiga kali baru nak berhenti, dikhuatiri syaitan nanti meneman, nak? So, berpada-pada ye.
*dengarlaa lagu ni kejap yee VVV
https://www.youtube.com/watch?v=arm0v3tPTS0&list=PLBB03AF419347108D

5) Sebarkan salam. Alang2 kita dah jumpa ramai orang kan, apa salahnya kita sebarkan salam. Kan dapat pahala XD Jangan malu, sebab sebarkan salam ni boleh kikis sifat ego dalam diri kita so selamat mencuba. 
Sabda Rasulullah SAW ; 
Kalian tidak akan masuk surga sampai kalian beriman, dan tidak akan sempurna iman kalian hingga kalian saling mencintai. Maukah aku tunjukkan kalian pada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.” (HR. Muslim no. 54)
Jadi, amiklaa ibrah daripada apa yang saya telah sampaikan tadi yee. Haha walaupun di majlis kenduri, syariat Islam mestilah dijaga jugaa. Jaga akhlak, syurga menanti. Okay sekiamm dan Assalamualaikum ^_^.

0 Luahan Semanis Kurma:

Post a Comment